Diploma Kejuruteraan Elektrik

Matlamat Program

Tenaga kerja mahir sebagai modal insan dalam bidang sains dan teknologi amat diperlukan dalam proses pembangunan negara yang lebih gemilang sepertimana dinyatakan dalam Wawasan 2020 dan Pelan Strategik Pendidikan Tinggi Negara (PSPTN). Seiring dengan harapan tersebut, objektif program pendidikan ini diwujudkan adalah untuk menghasilkan tenaga mahir (Pembantu Teknik Kejuruteraan Elektrik) yang mempunyai ciri-ciri seperti di dalam objektif di bawah.

Objektif Pembelajaran Program (PEO)

Berikut adalah PEO bagi Diploma Kejuruteraan Elektrik:

PEO 1: Mengaplikasi pengetahuan teori dan praktikal dalam menyelesaikan masalah kejuruteraan elektrik.
PEO 2: Mengamalkan ilmu secara profesional, beretika dan insani secara berkesan dalam permasalahan kejuruteraan elektrik.
PEO 3: Berinteraksi dengan profesional dan komuniti secara berkesan untuk melaksanakan tanggungjawab kepimpinan dalam sesebuah organisasi.
PEO 4: Membina pembangunan kerjaya dan keusahawanan dalam pembelajaran sepanjang hayat.

Hasil Pembelajaran Program (PLO)

Setelah menamatkan program ini, pelajar berupaya untuk:
PLO 1: Mengaplikasi pengetahuan asas matematik, sains dan kejuruteraan dalam bidang kejuruteraan elektrik.
PLO 2: Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, teknik dan perkakasan kejuruteraan terkini secara komprehensif dalam amalan bidang kejuruteraan elektrik.
PLO 3: Berinteraksi dengan profesional dan komuniti secara berkesan dalam bentuk penulisan dan pertuturan.
PLO 4: Menghasilkan penyelesaian secara berkesan dalam permasalahan kejuruteraan elektrik.
PLO 5: Melibatkan diri secara individu atau berkumpulan bagi melaksanakan tugasan teknikal dalam sesebuah organisasi.
PLO 6: Mengenalpasti keperluan pembangunan kerjaya melalui pembelajaran sepanjang hayat.
PLO 7: Meningkatkan amalan keusahawanan bagi pembangunan kerjaya.
PLO 8: Mengamalkan ilmu secara profesional, beretika dan insani dalam bidang kejuruteraan elektrik.
PLO 9: Mempamerkan tanggungjawab kepimpinan yang berkesan dalam sesebuah organisasi.

Prospek Kerjaya dan Pendidikan Lanjutan

Diploma Kejuruteraan Elektrik adalah bidang pengajian yang bersangkutan dengan pemanfaatan tenaga elektrik dalam reka bentuk, pengujian dan pembangunan litar dan peralatan elektrik untuk tujuan sistem penghantaran elektrik, kawalan mesin, perkakasan dan sistem berkuasa tinggi.

Graduan dipersiapkan untuk peranan masa depan mereka dalam ekonomi dengan membina asas yang kukuh dalam pengetahuan teknikal dan kemahiran yang berkaitan dengan bidang kejuruteraan elektrik. Program ini memberikan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kejuruteraan elektrik yang boleh diaplikasikan untuk pelbagai kerjaya dalam kebanyakan pembekal penjanaan kuasa dan industri pembuatan.

Graduan lepasan program ini boleh memenuhi sektor-sektor berikut dalam kerjaya mereka:

  1. Badan Utiliti & pihak berkuasa - Suruhanjaya Tenaga, DOSH, Niosh, TNB, IPPs.
  2. Kejuruteraan dalam sektor perusahaan dan pembuatan, perundingan, penyelidikan dan pembanganan serta akademik.
  3. Perolehan dan Pembangunan Perniagaan - Projek dan jualan.
  4. Pembinaan - Pengurusan Projek.
  5. Pengujian dan pentauliahan.

Proforma Akademik Diploma Kejuruteraan Elektrik

 

 

Disclaimer

© 2016 Center for Diploma Studies - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

Contact Us

Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.


Tel: 07-4538558
Faks: 07-4538660

CeDS Dean

Prof. Madya. Dr. Mohamad Zaky bin Noh
Dean,
Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


E-Mail: zaky@uthm.edu.my
Tel: 07-4538557