Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekanikal

Matlamat Program

Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekanikal direkabentuk bagi menyediakan pelajar berketerampilan, berinovasi dan bersahsiah tinggi untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi atau mengisi kekosongan pembantu teknikal di sektor awam, industri dan pembuatan. Keupayaan pelajar ditingkatkan secara bersepadu dengan menerapkan nilai-nilai kognitif, psikomotor, afektif dan keagamaan untuk menyediakan modal insan seimbang dari segi rohani dan jasmani. Para pelajar didedahkan dengan pengetahuan khusus dan kemahiran dalam bidang matematik, sains, bahasa inggeris, keagamaan, komputer, sukan dan analisis kejuruteraan. Peralatan terkini di makmal komputer, makmal kejuruteraan dan bengkel kejuruteraan meningkatkan keyakinan pelajar untuk terus maju selaras dengan peredaran zaman.

Tumpuan utama ditekankan kepada aspek kemahiran pengendalian mesin dan peralatan secara khusus di makmal dan bengkel. Mereka dilatih untuk menentu, meramal dan menilai hasil pengeluaran melalui perancangan sistem kualiti piawai.

Projek teknologi kejuruteraan menjurus kepada mengaplikasi teori dan kemahiran teknikal. Di akhir pengajian pelajar dikehendaki membina satu produk inovatif di bengkel secara berkumpulan, menguji operasi dan membentangkannya dalam seminar.

Objektif Pendidikan Program (PEO)

Berikut adalah Objektif Pendidikan Program (PEO) bagi Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekanikal:
PEO 1: Mengaplikasi pengetahuan teori dan praktikal dalam menyelesaikan masalah teknologi kejuruteraan mekanikal.
PEO 2: Mengamalkan ilmu secara profesional, beretika dan insani secara efisien dalam permasalahan teknologi kejuruteraan mekanikal.
PEO 3: Berinteraksi dengan profesional dan komuniti secara berkesan untuk melaksanakan tanggungjawab kepimpinan dalam sesebuah organisasi.
PEO 4: Membina pembangunan kerjaya dan keusahawanan dalam pembelajaran sepanjang hayat.

Hasil Pembelajaran Program (PLO)

Berikut adalah Hasil Pembelajaran Program (PLO) bagi Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekanikal:
PLO 1: Mengaplikasikan ilmu dan kemahiran teknologi kejuruteraan mekanikal di dalam persekitaran kerja. (K-Pengetahuan)
PLO 2: Memanipulasikan kemahiran teknikal di dalam bidang teknologi kejuruteraan mekanikal.(PS-Kemahiran Teknikal)
PLO 3: Berkomunikasi secara berkesan menggunakan perantara yang bersesuaian. (CS-KemahiranKomunikasi).
PLO 4: Menghubungkaitkan teknik kemahiran untuk menyelesaikan masalah secara berinovatif.(CTPS - Kemahiran Menyelesaikan Masalah dan Pemikiran Kritikal)
PLO 5: Mengorganisasi bidang kerja secara efisien untuk membentuk pasukan yang cemerlang di tempat kerja. (TS - Kemahiran Kerja Berkumpulan)
PLO 6: Melibatkan diri dalam pembelajaran sepanjang hayat dan berupaya mengurus maklumat secara profesional. (LLL&IM - PembelajaranSepanjang Hayat dan Pengurusan Maklumat)
PLO 7: Membentuk budaya keusahawanan dalam persekitaran kerja. (ESKemahiran Keusahawanan)
PLO 8: Mengamalkan etika, sikap dan tanggungjawab secara profesional dalam melaksanakan kerja. (M&PE - Moral dan Etika Professional)
PLO 9: Membentuk potensi diri sebagai individu dan ketua dalam kumpulan. (LS – Kemahiran Kepimpinan)

Prospek Kerjaya dan Pendidikan Lanjutan

Pembantu Jurutera Mekanikal atau Juru Teknologi adalah satu bidang kerja yang berkaitan dalam rekabentuk mesin, penyelenggaraan mesin dan lain bidang kerja yang mempunyai berkepelbagaian besar dalam projek kejuruteraan mekanikal.

Peranan mereka adalah penting dalam memastikan keselamatan, ketepatan masa, dan penyempurnaan sumber bagi projek dalam kebanyakan bidang termasuk:

  1. Industri pemprosesan
  2. Industri Pemasangan
  3. Perundingan Kejuruteraan
  4. Industri berat

Pembantu jurutera perundingan mekanikal berurusan dengan pelanggan untuk merancang, mengurus, merekabentuk dan dalam projek kejuruteraan mekanikal. Kejuruteraan mekanikal banyak menawarkan peluang serta member kepuasan dalam membantu memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat di dalam pelbagai segi.

Prospek pendidikan lanjutan adalah terhadap mana-mana bidang sarjana muda teknologi kejuruteraan dan kejuruteraan mekanikal.

Proforma Akademik Diploma Teknologi Kejuruteraan Mekanikal

 

 

Disclaimer

© 2016 Center for Diploma Studies - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

Contact Us

Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.


Tel: 07-4538558
Faks: 07-4538660

CeDS Dean

Prof. Madya. Dr. Mohamad Zaky bin Noh
Dean,
Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


E-Mail: zaky@uthm.edu.my
Tel: 07-4538557