Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia

Matlamat Program

Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia adalah untuk melahirkan ahli jurutera kimia separa profesional.

Objektif Pendidikan Program (PEO)

Berikut adalah PEO bagi Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia:
PEO 1: Mengaplikasi pengetahuan teori dan praktikal dalam menyelesaikan masalah teknologi kejuruteraan kimia
PEO 2: Mengamalkan ilmu secara profesional, beretika dan insani secara berkesan dalam permasalahan teknologi kejuruteraan kimia
PEO 3: Berinteraksi dengan profesional dan komuniti secara berkesan untuk melaksanakan tanggungjawab kepimpinan dalam sesebuah organisasi
PEO 4: Membina pembangunan kerjaya dan keusahawanan dalam pembelajaran sepanjang hayat

Hasil Pendidikan Program (PLO)

Berikut adalah PLO bagi Program Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia:
PLO 1: Mengaplikasi pengetahuan asas matematik, sains dan kejuruteraan dalam bidang teknologi kejuruteraan kimia
PLO 2: Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, teknik dan perkakasan kejuruteraan terkini secara komprehensif dalam amalan bidang teknologi kejuruteraan kimia
PLO 3: Berinteraksi dengan profesional dan komuniti secara berkesan dalam bentuk penulisan dan pertuturan
PLO 4: Menghasilkan penyelesaian secara berkesan dalam permasalahan teknologi kejuruteraan kimia
PLO 5: Melibatkan diri secara individu atau berkumpulan bagi melaksanakan tugasan teknikal dalam sesebuah organisasi
PLO 6: Mengenalpasti keperluan pembangunan kerjaya melalui pembelajaran sepanjang hayat
PLO 7: Meningkatkan amalan keusahawanan bagi pembangunan kerjaya
PLO 8: Mengamalkan ilmu secara profesional, beretika dan insani dalam bidang teknologi kejuruteraan kimia
PLO 9: Mempamerkan tanggungjawab kepimpinan yang berkesan dalam sesebuah organisasi

Peluang Kerjaya dan Prospek Melanjutkan Pelajaran

Jurutera Teknologi Kimia terlibat dengan rekaan, pembangunan dan penghasilan projek berskala besar dalam kimia dan alam sekitar.

Peranan mereka adalah untuk memastikan keselamatan, ketepatan masa dan penyelesaian projek dalam pelbagai bidang termasuk:

  1. Kilang Penghasilan Produk
  2. Pengurusan Sisa
  3. Reka bentuk dan Pembangunan Projek
  4. Makmal Kimia.

Proforma Akademik Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia

  1. Sesi 2015/2016
  2. Sesi 2014/2015
  3. Sesi 2013/2014

 

 

Disclaimer

© 2016 Center for Diploma Studies - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

Contact Us

Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.


Tel: 07-4538558
Faks: 07-4538660

CeDS Dean

Prof. Madya. Dr. Mohamad Zaky bin Noh
Dean,
Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


E-Mail: zaky@uthm.edu.my
Tel: 07-4538557