Diploma Kejuruteraan Mekanikal

Matlamat Program

Melahirkan graduan yang lebih matang dan berketerampilan bagi memenuhi keperluan negara terhadap tenaga mahir dan pakar dalam bidang kejuruteraan mekanikal sama ada dalam sektor awam, swasta atau bekerja sendiri. Program ini juga menyediakan pelajar untuk meyambung pengajian ke peringkat sarjana muda di mana mana universiti di dalam atau luar negara.

Objektif Pembelajaran Program (PEO)

PEO bagi graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal:
PEO 1: Mengaplikasi pengetahuan teori dan praktikal dalam menyelesaikan masalah kejuruteraan mekanikal.
PEO 2: Mengamalkan ilmu secara professional, beretika dan insane secara berkesan dalam permasalahan kejuruteraan mekanikal.
PEO 3: Berinteraksi dengan professional dan komuniti secara berkesan untuk melaksanakan tanggungjawab kepimpinan dalam sesebuah organisasi.
PEO 4: Membina pembangunan kerjaya dan keusahawanan dalam pembelajaran sepanjang hayat.

Hasil Pembelajaran Program (PLO)

PLO bagi graduan Diploma Kejuruteraan Mekanikal:
PLO 1: Mengaplikasi pengetahuan sains dan matematik dalam kejuruteraan mekanikal.
PLO 2: Menggunakan teknik, kemahiran serta alatan berkaitan di dalam amalan kejuruteraan mekanikal.
PLO 3: Berkomunikasi secara berkesan menggunakan perantara yang bersesuaian.
PLO 4: Mengenalpasti masalah serta mencari jalan penyelesaian secara berinovatif bagi meningkatkan amalan kejuruteraan mekanikal.
PLO 5: Mempratik kerja berpasukan dalam menyelesaikan masalah secara efektif.
PLO 6: Beriltizam dalam pembelajaran sepanjang hayat.
PLO 7: Mengamal serta mengaplikasikan kemahiran keusahawanan.
PLO 8: Memahami tanggungjawab etika dan profession serta komited terhadapnya.
PLO 9: Membangunkan potensi diri sebagai individu dan ketua dalam kumpulan secara efektif.

Prospek kerjaya dan Pendidikan Lanjutan

Pembantu Jurutera Mekanikal atau Juru Teknologi adalah satu bidang kerja yang berkaitan dalam rekabentuk mesin, penyelenggaraan mesin dan lain bidang kerja yang mempunyai berkepelbagaian besar dalam projek kejuruteraan mekanikal.

Peranan mereka adalah penting dalam memastikan keselamatan, ketepatan masa, dan penyempurnaan sumber bagi projek dalam kebanyakan bidang termasuk: Industri Pemprosesan; Industri Pemasangan; Perundingan Kejuruteraan; Industri Berat; dan Pembantu Jurutera Perundingan Mekanikal yang berurusan dengan pelanggan untuk merancang, mengurus, merekabentuk dan dalam projek kejuruteraan mekanikal. Kejuruteraan mekanikal banyak menawarkan peluang serta member kepuasan dalam membantu memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup masyarakat di dalam pelbagai segi. Prospek pendidikan lanjutan adalah terhadap mana-mana bidang sarjana muda teknologi kejuruteraan dan kejuruteraan mekanikal.

Proforma Akademik Diploma Kejuruteraan Mekanikal

 

 

Disclaimer

© 2016 Center for Diploma Studies - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

Contact Us

Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.


Tel: 07-4538558
Faks: 07-4538660

CeDS Dean

Prof. Madya. Dr. Mohamad Zaky bin Noh
Dean,
Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


E-Mail: zaky@uthm.edu.my
Tel: 07-4538557