Diploma Sains Gunaan

Matlamat Program

Matlamat Diploma Sains Gunaan adalah untuk melahirkan sumber manusia separa profesional berdasarkan PEO di bawah.

Objektif Pendidikan Program (PEO)

Objektif program adalah untuk melahirkan sumber manusia separa profesional yang:
PEO 1: Mengaplikasikan pengetahuan teori dan praktikal dalam menyelesaikan masalah sains tulen dan sains gunaan.
PEO 2: Mengamalkan ilmu secara profesional, beretika dan insani secara berkesan dalam permasalahan sains tulen dan sains gunaan.
PEO 3: Berinteraksi dengan professional dan komuniti secara berkesan untuk melaksanakan tanggungjawab kepimpinan dalam sesebuah organisasi.
PEO 4: Membina pembangunan kerjaya dan keusahawanan dalam pembelajaran sepanjang hayat.

Hasil Pendidikan Program (PLO)

Setelah menamatkan program ini, pelajar berupaya untuk:
PLO 1: Mengaplikasi pengetahuan asas sains dan matematik dalam bidang sains dan teknologi. (K - Pengetahuan)
PLO 2: Mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran, teknik dan perkakasan sains dan teknologi terkini secara komprehensif dalam amalan bidang sains gunaan.(PS - Kemahiran Teknikal)
PLO 3: Berinteraksi dengan professional dan komuniti secara berkesan dalam bentuk penulisan, pertuturan dan ICT. (CS - Kemahiran komunikasi)
PLO 4: Menghasilkan penyelesaian secara berkesan dalam permasalahan matematik, sains tulen dan sains gunaan. (CTPS - Kemahiran menyelesaikan masalah dan pemikiran kritikal)
PLO 5: Mempraktik kerja berpasukan dalam menyelesaikan tugasan secara efektif. (TS - Kemahiran kerja berkumpulan)
PLO 6: Mengamalkan konsep dalam pembelajaran sepanjang hayat dan mengurus maklumat secara kompeten. (LLL&IM - Pembelajaran sepanjang hayat dan pengurusan maklumat)
PLO 7: Membangunkan potensi kemahiran keusahawanan dalam diri bagi pembangunan kerjaya. (ES - Kemahiran keusahawanan)
PLO 8: Mengamalkan ilmu secara profesional, beretika dan insane dalam bidang sains gunaan terhadap tugas, masyarakat dan negara demi kemakmuran sejagat. (M&PE - Moral dan Etika profesional)
PLO 9: Membangunkan potensi diri sebagai individu atau ketua dalam kumpulan secara efektif. (LS - Kemahiran kepimpinan)

Prospek Kerjaya dan Pendidikan Lanjutan

Sains gunaan merangkumi bidang yang luas seperti bidang teknologi makanan, kimia industri, bioteknologi, sains forensik, bioteknologi tumbuhan, bioperubatan dan fizik gunaan. Graduan Diploma Sains Gunaan berpeluang bekerja di sektor kerajaan mahupun industri sebagai Penolong Pegawai Sains dan Pembantu Makmal. Bagi pendidikan lanjutan, graduan boleh melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang seperti Kimia, Biologi, Fizik, Kimia Industri, Fizik Gunaan, Bioteknologi, Teknologi Sains Makanan, Sains Forensik, Bioperubatan dan sebagainya.

Proforma Akademik Diploma Sains Gunaan

 

 

Disclaimer

© 2016 Center for Diploma Studies - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

Contact Us

Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.


Tel: 07-4538558
Faks: 07-4538660

CeDS Dean

Prof. Madya. Dr. Mohamad Zaky bin Noh
Dean,
Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


E-Mail: zaky@uthm.edu.my
Tel: 07-4538557