Karnival Inovasi dan Pra Alumni CeDS 2016

Karnival Inovasi CeDS Ke-7, Semester I Sesi 2016/2017 telah berjaya dijalankan pada 14 Disember 2016 di Dewan Tunku Makhota Ismail, UTHM dari jam 7.30 pagi hingga 5.00 petang. Karnival yang diadakan setiap tahun ini bertujuan untuk menilai projek diploma pelajar tahun akhir di samping untuk mempamer produk inovasi dari pelajar CeDS kepada umum untuk membuktikan potensi dan kebolehan pelajar CeDS.

Pelajar juga akan dapat merasai suasana pameran dan pertandingan produk inovasi sebenar.  Jumlah pelajar yang terlibat sebagai peserta adalah seramai 289 orang, terdiri dari 83 kumpulan dari empat jabatan di bawah CeDS iaitu Jabatan Kejuruteraan Awan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, dan Jabatan Sains dan Matematik. Selepas pendaftaran dan sarapan pagi, penilaian peringkat pertama telah dijalankan oleh panel penilai dalam yang terdiri dari pensyarah CeDS. Buat julung kalinya bicara alumni telah diadakan dengan ucapan pembukaan oleh Prof. Madya Dr. Adnan bin Zainorabidin, Pengarah Pusat Kemajuan dan Hubungan Alumni (CARE) UTHM. Slot diteruskan dengan forum bersama tiga orang alumni CeDS dengan Hj. Zulkarnain bin Md. Amin, Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar CeDS sebagai moderator.11 panel penilai luar dari fakulti dan industri dijemput bagi penilaian peringkat kedua untuk mengenalpasti tiga projek terbaik dari lima projek terbaik setiap jabatan. Sepanjang proses penilaian, para pelajar ditemubual mengenai perlaksanaan dan hasil projek melalui poster dan prototaip yang dipamer. Kemahiran komunikasi, insaniah, dan kerjasama pelajar dapat dilihat melalui kesungguhan mereka untuk menerangkan dan mempertahankan hasil projek masing-masing. Majlis perasmian dimulakan dengan nyanyian lagu Bangsa Johor dan Negaraku, disusuli dengan ucapan dari Prof. Madya Dr. Mohd Zaky bin Noh, Dekan CeDS dan wakil panel penilai luar. Karnival dirasmikan oleh Prof. Madya Dr Nik Hisyamudin Bin Muhd Nor, Timbalan Dekan - Pusat Inovasi, Pengkomersilan Dan Perundingan (ICC)UTHM. Selepas tayangan montaj, sesi penyampaian hadiah dan cenderahati kepada jemputan dan pemenang berlangsung. Majlis diakhiri dengan nyanyian lagu UTHM.  Idea-idea inovasi ini diharap mampu dikembangkan ke peringkat penyelidikan yang lebih tinggi dan mendalam melalui pertukaran maklumat, pengetahuan, dan pengalaman di antara para pengunjung dan panel penilai dengan peserta.

 

Pandaftaran 

pendaftaran

 

Booth

booth

 

Penilaian

penilai

 

Bicara alumni

perasmian

perasmian2

perasmian3

 

Penyampaian hadiah dan cenderahati 

penyampaian hadiah

cenderahata

Disclaimer

© 2016 Center for Diploma Studies - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

Contact Us

Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.


Tel: 07-4538558
Faks: 07-4538660

CeDS Dean

Prof. Madya. Dr. Mohamad Zaky bin Noh
Dean,
Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


E-Mail: zaky@uthm.edu.my
Tel: 07-4538557