AgPBL Bersama Shibaura Institute of Technology Bermula
SEPANG: Satu rombongan dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), telah bertolak ke Shibaura Institute of Technology, Tokyo untuk program Advanced Global Project Based Learning (AgPBL). Rombongan diketuai Dr Shelena Soosay Nathan dan disertai oleh 10 pelajar Diploma Teknologi Maklumat.
Lawatan bertujuan untuk membuka minda dan memberi pendedahan berkaitan kepesatan teknologi Jepun, kususnya dalam internet of things (IoT) selain mendalami budaya Jepun melalui Dasar Pandang ke Timur.
ボン・ヴォヤージュ!
Bon voyage!