‘Digital Storytelling’ Wadah Cungkil Bakat Animasi

PAGOH: Sempena program Young Technologist @ School, Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan pertandingan Digital Storytelling: 2D Animation. Program yang diadakan pada 20 Februari 2020, bertempat di Makmal Grafik dan Animasi, CeDS, menyaksikan penyertaan sebanyak sepuluh pasukan dari lima buah sekolah menengah sekitar Muar.

Pertandingan diadakan bertujuan untuk mencungkil bakat dan minat para peserta di dalam industri animasi, di samping menggalakkan penghasilan produk kreatif melalui teknologi. Ia juga menjadi satu wadah untuk menyuburkan budaya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di dalam pengajaran dan pembelajaran (PnP).

Bertemakan Kempen Membaca Buku, peserta-peserta telah terlebih dahulu didedahkan mengenai proses-proses pembinaan papan cerita (storyboard), serta cara-cara menghasilkan klip animasi. Mereka kemudiannya, telah diberi masa selama tiga minggu untuk menghasilkan satu klip animasi dua-dimensi (2D), dengan durasi di antara tiga hingga lima minit. Kemuncaknya adalah pada 20 Februari, apabila mereka dikehendaki membentang klip animasi yang dihasilkan untuk proses penjurian.


Pembentangan Papan Cerita Oleh Pasukan Dari SMK Dato’ Sri Amar DiRaja

Pertandingan sengit antara Sekolah Tinggi Muar, Sekolah Convent Muar, SMK Bandar Maharani, SMK Dato’ Seri Amar DiRaja dan SMK (P) Sultan Abu Bakar menyaksikan, pasukan dari SMK Dato’ Sri Amar DiRaja muncul juara. Tempat kedua pula, dimenangi oleh pasukan dari Sekolah Tinggi Muar. Manakala tempat ketiga, dimenangi oleh sebuah lagi pasukan dari SMK Dato’ Sri Amar DiRaja.

Hasil dari pertandingan ini, didapati ia berjaya mencungkil bakat serta memperkasa pelbagai kemahiran dalam kalangan para peserta. Kemahiran-kemahiran tersebut termasuklah kebolehan merancang, menyampai dan mengaplikasi dalam pembinaan bahan animasi digital secara kreatif dan inovatif.


Young Technologist @ School

Locate Us

Contact Us

Centre for Diploma Studies
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
Pagoh Higher Education Hub,
KM1, Jalan Panchor,
84600 Pagoh,
Muar, Johor.

Telephone:  +60 6-974 2016 / 2013 / 2018
Facsimile:  +60 6-974 2187

Operating Hours: Sunday to Wednesday 8:00 am to 1:00 pm
2:00 pm to 5:00 pm
Thursday 8:00 am to 1:00 pm
2:00 pm to 3:30 pm