CeDS Menggantikan Akronim PPD UTHM

Pusat Pengajian Diploma atau Centre for Diploma Studies, kini dikenali dengan akronim baharu iaitu CeDS. CeDS disebut dengan sebutan dalam Bahasa Inggeris iaitu seeds yang membawa maksud biji benih. Para pelajar diploma UTHM merupakan biji benih yang perlu disemai dan dijaga dengan rapi supaya dapat menghasilkan produk yang berkualiti. CeDS merupakan tapak semaian untuk pelajar diploma di UTHM yang akan melahirkan para graduan unggul, berdaya saing serta beretika dan mereka yang bakal menerajui kepimpinan Malaysia dan dunia pada masa hadapan. Warga CeDS mengharapkan agar pimpinan global yang terbaik terhasil daripada CeDS UTHM pada masa akan datang, In sha Allah. Kerana tiada yang mustahil di CeDS. Segalanya bermula di CeDS.

CeDS adalah nama singkatan baharu bagi menggantikan singkatan lama iaitu PPD. Ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan pihak luar yang mendefinisikan PPD sebagai Pejabat Pendidikan Daerah atau Politeknik Port Dickson. Ahli Jawatankuasa Pengurusan CeDS telah bersetuju untuk menggunakan nama CeDS pada mesyuarat pengurusan yang telah diadakan pada bulan Disember 2015. Penghargaan diberikan kepada warga CeDS iaitu En. Hasyamudin bin Othman yang telah memberikan cadangan serta rational pemilihan nama CeDS.

 

 

Disclaimer

© 2016 Center for Diploma Studies - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

Contact Us

Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.


Tel: 07-4538558
Faks: 07-4538660

CeDS Dean

Prof. Madya. Dr. Mohamad Zaky bin Noh
Dean,
Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


E-Mail: zaky@uthm.edu.my
Tel: 07-4538557