Minggu Haluan Siswa rai 1043 pelajar baharu Program Diploma

Batu Pahat - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menerima 1043 pelajar baharu program Diploma bagi kemasukan sesi 2016/2017 pada 30 Mei lalu sekali gus mencatat rekod tersendiri apabila jumlah ini menjadi jumlah tertinggi pernah dicatatkan untuk kemasukan program ini.

Jumlah ini adalah satu jumlah yang luar biasa yang mana ia mencapai unjuran sebenar kemasukan pelajar yang tidak pernah terjadi pada sesi kemasukan sebelum ini. Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan bantuan Sekretariat Pembantu Minggu Haluan Siswa (MHS) dan Majlis Kepimpinan Pelajar Kolej Kediaman telah menyusun aktiviti dan menganjurkan MHS Pelajar Baharu dari 30 Mei hingga 3 Jun lalu sebagai menyambut kedatangan para pelajar ke universiti ini.

Pelbagai aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai objektif penganjurannya bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar baharu berkenaan struktur universiti, Pusat Pengajian Diploma dan pusat tanggungjawab yang lain selain pendedahan kepada kehidupan di institut pengajian tinggi (IPT).

MHS kali ini juga buat pertama kalinya telah memperkenalkan Neuro Linguistic Programme (NLP) kepada pelajar baharu untuk membina kepercayaan, matlamat yang jelas dan pengurusan diri yang baik sebelum memulakan sesi pengajian.

Turut diadakan, Aku Janji pelajar baharu yang dilafazkan di hadapan Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Mohd Noh Dalimin dan Pengurusan Universiti pada sesi Amanat Naib Canselor bersama Pelajar Baharu. Amanat yang sangat bermotivasi dan berpandangan jauh tersebut bertujuan menyuntik semangat pelajar baharu untuk meneruskan pengajian di kampus ini.

Majlis Penutup MHS dan Malam Warisan Bangsa yang disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Profesor Madya Dr. Asri Selamat berlangsung penuh meriah sebagai tanda komitmen dan semangat pelajar baharu dalam mengejar kecemerlangan sebagai penuntut IPT.

 

 

Disclaimer

© 2016 Center for Diploma Studies - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

Contact Us

Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.


Tel: 07-4538558
Faks: 07-4538660

CeDS Dean

Prof. Madya. Dr. Mohamad Zaky bin Noh
Dean,
Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


E-Mail: zaky@uthm.edu.my
Tel: 07-4538557