Q-PPD Dapat Penarafan Emas Di Konvensyen KIK UA 2016

Hasil projek dua pasukan dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berjaya mendapat penarafan Emas dalam Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif (KIK) peringkat Universiti Awam kali ke-12, 2016 yang telah berlangsung pada 2 hingga 4 Ogos lalu bertempat di Universiti Malaysia Terengganu (UMT).

UTHM telah diwakili oleh dua Kumpulan KIK Pusat Tanggungjawab (PTj) iaitu Kumpulan Q-PPD daripada Pusat Pengajian Diploma (PPD) untuk kategori Pengurusan dengan membentangkan tajuk projek “Sesi Perundingan Pengiraan GPA/CPA Mengambil Masa Yang Lama”, manakala Kumpulan Renaissance daripada Pusat Kesihatan Universiti (PKU) bagi kategori Teknikal dengan tajuk projek “Pengambilan Darah Mengambil Masa Yang Lama”.

Hasil dari projek kedua-dua kumpulan ini iaitu ‘UTHM GPA/CPA Calculators (UCPAs)’ dan ‘E-zy Vein Kit’, yang berjaya mendapat penarafan Emas ini membawa makna yang tersendiri kepada PTj masing-masing kerana projek sebegini memberi ruang dan peluang untuk diadaptasikan kepada persekitaran kerja yang lebih mantap, terancang dan efisien.

Foto 1: Kumpulan Q-PPD UTHM.

Foto 2: Kumpulan Renaissance PKU UTHM.

 

 

Disclaimer

© 2016 Center for Diploma Studies - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

Contact Us

Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.


Tel: 07-4538558
Faks: 07-4538660

CeDS Dean

Prof. Madya. Dr. Mohamad Zaky bin Noh
Dean,
Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


E-Mail: zaky@uthm.edu.my
Tel: 07-4538557