Perarakan Town and Gown Kali Ke-8 meriahkan bandar Batu Pahat

Kira-kira 5000 penduduk membanjiri Bandar Batu Pahat pada 24 September lalu bagi menyaksikan perarakan unik Town and Gown. Perarakan kali kelapan ini adalah acara tahunan bagi menguar-uarkan seluruh penduduk di daerah Batu Pahat akan penganjuran Majlis Konvokesyen ke-16 UTHM yang akan berlangsung pada 8,9,10 Oktober 2016 nanti.

Sebanyak 27 kontinjen yang melibatkan kira-kira 1500 orang peserta terdiri daripada mahasiswa dan kakitangan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) serta beberapa agensi luar telah berarak kira-kira satu kilometer dari Jalan Rahmat ke Dataran Penggaram sambil disaksikan oleh orang ramai.

Perarakan konvokesyen yang juga dikenali sebagai ’Communiversity Celebration’ seperti ini merupakan satu amalan turun temurun beberapa universiti ternama di luar negara seperti Universiti Princeton, Universiti Charles Stuart, Universiti St. Andrews dan Universiti Michigan Ann Arbor. Di semenanjung Malaysia, UTHM merupakan institut pengajian tinggi pertama yang mengadakan perarakan seperti ini.

Sambutan majlis konvokesyen ke-16 UTHM akan diteruskan dengan Pesta Konvokesyen (FESKON) bermula 5 hingga 10 Oktober ini bertempat di Padang Kawad, UTHM. Pelbagai acara menarik akan diadakan termasuk gerai jualan dan konsert artis yang menampilkan penyanyi 80-an Indonesia, Emilia Contessa pada 7 Oktober nanti.

 

 

Disclaimer

© 2016 Center for Diploma Studies - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

Contact Us

Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.


Tel: 07-4538558
Faks: 07-4538660

CeDS Dean

Prof. Madya. Dr. Mohamad Zaky bin Noh
Dean,
Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


E-Mail: zaky@uthm.edu.my
Tel: 07-4538557