Majlis Penyampaian Anugerah Naib Canselor dan Sijil Dekan 2016

Majlis Penyampaian Anugerah Naib Canselor dan Sijil Dekan merupakan acara tahunan yang sangat bermakna dalam kalendar akademik di Pusat Pengajian Diploma.

Majlis ini diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada pelajar para pelajar yang cemerlang dalam bidang akademik bagi sesi 2015/2016. Seterusnya dengan pengiktirafan yang diberikan, ia dapat mencabar naluri dan sikap positif dalam setiap diri pelajar.

Pusat Pengajian Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Prof. Madya Dr. Mohamad Zaky Bin Noh, Dekan Pusat Pengajian Diploma Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, para jemputan yang telah sudi hadir bagi menjayakan Majlis Penyampaian Anugerah Naib Canselor dan Sijil Dekan bagi pelajar sesi 2015/2016. Pusat Pengajian Diploma juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga jawatankuasa dan pelajar atas penglibatan dalam Majlis Penyampaian Anugerah Naib Canselor dan Sijil Dekan ini.

Tahniah dan syabas!

 

 

Disclaimer

© 2016 Center for Diploma Studies - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

Contact Us

Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.


Tel: 07-4538558
Faks: 07-4538660

CeDS Dean

Prof. Madya. Dr. Mohamad Zaky bin Noh
Dean,
Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


E-Mail: zaky@uthm.edu.my
Tel: 07-4538557