Lawatan Penyelidikan Ke Pusat Penyelidikan Luar Mikro-Hidro UTHM TNJER (PETA)

Pengenalan

Dalam mencapai kecemerlangan aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P), lawatan penyelidikan memainkan peranan penting untuk membolehkan kakitangan akademik didedahkan kepada suasana sebenar kerja lapangan. Atas kesedaran itu, satu inisiatif program lawatan penyelidikan telah diadakan pada 24 – 26 September 2016 ke Pusat Penyelidikan Luar Mikro-Hidro UTHM seperti yang dinyatakan di atas.

Objektif Program

  1. Merapatkan kerjasama diantara staf.
  2. Menjalinkan hubungan yang strategik dengan pihak Taman Negara.
  3. Memberi pendedahan kepada dunia sebenar kerja lapangan dan penyelidikan luar.
  4. Meningkatkan ilmu pengetahuan dan motivasi kerja kakitangan akademik.
  5. Pengalaman menikmati sistem sumber tenaga hijau.
  6. Perkongsian ilmu berkenaan pembinaan sistem kuasa mikro-hidro.
  7. Menikmati keindahan flora dan fauna yang terpelihara dengan baik.

Senarai Peserta dan Urusetia

Peserta merupakan ahli akademik dari Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) Pusat Pengajian Diploma (PPD) dan juga wakil dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS) seperti berikut:

NamaFakulti
Tn. Hj. Amir Khan bin Suwandi Pusat Pengajian Diploma
Prof. Madya Hj. Ismail bin Yusof Pusat Pengajian Diploma
Tn. Hj. Roslan bin Kolop Pusat Pengajian Diploma
En. Ahmad Hakimi bin Mat Nor Pusat Pengajian Diploma
Dr. Norhayati binti Ngadiman Pusat Pengajian Diploma
Pn. Mardiha binti Mokhtar Pusat Pengajian Diploma
Pn. Nor Farah Atiqah bt Ahmad Pusat Pengajian Diploma
Pn. Siti Nooraiin bt Mohd Razali Pusat Pengajian Diploma
Pn. Nor Baizura bt Hamid Pusat Pengajian Diploma
En. Mohd Khairy Bin Burhanudin Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar
En. Mohammad Nasir Bin Mohamad Taher Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar
Pn. Hazirah bt Bujang Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar

Urusetia terdiri dari ahli UTHM Eco-Hydro Team yang juga merupakan penyelidik Mikro-Hidro. Mempunyai ahli yang pelbagai disiplin dari PPD dan FTK seperti berikut:

NamaFakultiJabatan
En. Izat bin Yahaya Pusat Pengajian Diploma Jabatan Kejuruteraan Awam
En. Azli bin Yusop Pusat Pengajian Diploma Jabatan Kejuruteraan Elektrik
En. Ghazali bin Kadis Pusat Pengajian Diploma Jabatan Kejuruteraan Mekanikal
En. Maizul bin Hj. Ishak Fakulti Teknologi Kejuruteraan Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektrik
En. Mohd Sufyan bin Abdullah Fakulti Teknologi Kejuruteraan Jabatan Teknologi Kejuruteraan Awam
En. Mohd Fadly bin Abd Razak Fakulti Teknologi Kejuruteraan Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektrik

 

Kesimpulan

Program lawatan penyelidikan ini memberikan 1001 manfaat yang tidak ternilai, menerbitkan rasa syukur pada Ilahi kerana diberi peluang untuk menikmati anugerah alam dibumi ini. Keupayaan fizikal dan mental juga diuji sewaktu menjalani program. Aktiviti ini bukan sahaja memberi pengetahuan tentang flora dan fauna yang terdapat di sini, tetapi yang lebih penting turut meningkatkan ilmu dan pengetahuan berkenaan sistem penjanaan mikro-hidro yang mana ianya kemudian hari boleh dikongsi dengan para pelajar.

 

Baca laporan penuh berkaitan lawatan ke NERC Muat Turun

 

 

Disclaimer

© 2016 Center for Diploma Studies - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

Contact Us

Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.


Tel: 07-4538558
Faks: 07-4538660

CeDS Dean

Prof. Madya. Dr. Mohamad Zaky bin Noh
Dean,
Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


E-Mail: zaky@uthm.edu.my
Tel: 07-4538557