Objektif dan Objektif Kualiti

Objektif

  1. Mengendalikan program Diploma yang kompetitif sejajar dengan keperluan Negara.
  2. Mengeluarkan graduan Diploma yang berilmu, terlatih dan berkemahiran untuk menyumbang kepada pembangunan negara.
  3. Mengeluarkan graduan Diploma yang beretika, berkomunikasi dengan baik, bersifat keusahawanan dan terlibat dalam pembelajaran sepanjang hayat.
  4. Membangun dan melatih staf akademik dan sokongan bagi meningkatkan profesionalisme mereka.
  5. Membangunkan aktiviti penyelidikan dan perundingan di kalangan warga Pusat Pengajian Diploma sejajar dengan keperluan universiti.

Objektif Kualiti

  1. Melaksanakan program diploma di dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh badan-badan akreditasi yang berkaitan.
  2. Menghasilkan sekurang-kurangnya 20% graduan diploma dengan pencapaian CPA ≥ 3.5 dalam setahun.
  3. Memastikan kebolehpasaran graduan mencapai sekurang-kurangnya 90% selepas enam bulan bergraduan.
  4. Menghasilkan sekurang-kurangnya purata satu penerbitan per staf akademik dalam bentuk kertas persidangan / artikel jurnal / prosiding / modul / buku karya asli / buku terjemahan / artikel ilmiah lain yang berkaitan dalam setahun.
  5. Memastikan sekurang-kurangnya 50% staf akademik terlibat dalam penyelidikan / perundingan / inovasi pada tahun semasa.
  6. Memastikan sekurang-kurangnya 90% staf memenuhi keperluan tujuh hari program latihan dan pembangunan setahun.

Locate Us

Contact Us

Centre for Diploma Studies
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
Pagoh Higher Education Hub,
KM1, Jalan Panchor,
84600 Pagoh,
Muar, Johor.

Telephone:  +60 6-974 2016 / 2013 / 2018
Facsimile:  +60 6-974 2187

Operating Hours: Sunday to Wednesday 8:00 am to 1:00 pm
2:00 pm to 5:00 pm
Thursday 8:00 am to 1:00 pm
2:00 pm to 3:30 pm