Pengenalan

Penubuhan

Pusat Pengajian Diploma (CeDS) secara rasminya telah ditubuhkan pada tanggal 4 November 2009 setelah mendapat kelulusan dari Senat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Penubuhannya juga telah mendapat kelulusan Lembaga Pengarah Universiti yang bersidang pada 12 November 2009. CeDS diterajui oleh Dekan dan dibantu oleh Timbalan Dekan dan lima orang Ketua Jabatan. Pengwujudan CeDS sebagai salah sebuah pusat tanggungjawab di UTHM akan menjadi pemangkin kepada pengukuhan dan pemantapan penawaran dan pengendalian semua program-program Diploma di UTHM. Penubuhan CeDS juga akan memberi satu pengiktirafan kepada program-program Diploma sebagai program berdaya saing dan bukan dianggap sebagai program-program kelas kedua. Rasionalnya melalui penubuhan CeDS akan berupaya melonjakkan program-program Diploma UTHM di samping menyediakan peluang yang lebih terbuka bagi para pelajar menyambung pengajian mereka ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dan seterusnya memenuhi apirasi negara dalam meningkatkan jumlah modal insan kelas pertama.

Akronim CeDS Menggantikan Akronim PPD

Pusat Pengajian Diploma atau Centre for Diploma Studies, kini dikenali dengan akronim baharu iaitu CeDS. CeDS disebut dengan sebutan dalam Bahasa Inggeris iaitu seeds yang membawa maksud biji benih. Para pelajar diploma UTHM merupakan biji benih yang perlu disemai dan dijaga dengan rapi supaya dapat menghasilkan produk yang berkualiti. CeDS merupakan tapak semaian untuk pelajar diploma di UTHM yang akan melahirkan para graduan unggul,berdaya saing serta beretika dan mereka yang bakal menerajui kepimpinan Malaysia dan dunia pada masa hadapan. Warga CeDS mengharapkan agar pimpinan global yang terbaik terhasil daripada CeDS UTHM pada masa akan datang, In sha Allah. Kerana tiada yang mustahil di CeDS. Segalanya bermula di CeDS.

CeDS adalah nama singkatan baharu bagi menggantikan singkatan lama iaitu PPD. Ini adalah untuk mengelakkan kekeliruan pihak luar yang mendefinisikan PPD sebagai Pejabat Pendidikan Daerah atau Politeknik Port Dickson. Ahli Jawatankuasa Pengurusan CeDS telah bersetuju untuk menggunakan nama CeDS pada mesyuarat pengurusan yang telah diadakan pada bulan Disember 2015. Penghargaan diberikan kepada warga CeDS iaitu En.Hasyamudin bin Othman yang telah memberikan cadangan serta rational pemilihan nama CeDS.

Lokasi Pejabat

Secara umumnya, CeDS beroperasi di Blok A1, Aras 2, sayap kiri dan kanan di UTHM, Hab Pendidikan Tinggi Pagoh. Lokasi pejabat-pejabat CeDS mengikut sayap adalah seperti berikut.

SayapPejabat
Kanan Pejabat Dekan
Pejabat Pentadbiran
Kiri Pejabat Timbalan Dekan Akademik
Pejabat Timbalan Dekan Pembangunan, Penyelidikan dan Penerbitan
Pejabat Timbalan Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni
Pejabat Akademik

 

Locate Us

Contact Us

Centre for Diploma Studies
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
Pagoh Higher Education Hub,
KM1, Jalan Panchor,
84600 Pagoh,
Muar, Johor.

Telephone:  +60 6-974 2016 / 2013 / 2018
Facsimile:  +60 6-974 2187

Operating Hours: Sunday to Wednesday 8:00 am to 1:00 pm
2:00 pm to 5:00 pm
Thursday 8:00 am to 1:00 pm
2:00 pm to 3:30 pm