Syarat Kemasukan

Berikut adalah syarat-syarat kemasukan untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ke program-program diploma yang ditawarkan oleh Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Semua program diploma yang ditawarkan mempunyai tempoh pengajian selama lima semester (2 ½ tahun).

Syarat Am Universiti

Syarat am UTHM adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia

    dan

  2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya LIMA (5) kepujian (Gred C) termasuk Bahasa Melayu / Bahasa Melayu Kertas Julai dan lulus (Gred E) Sejarah.

Syarat Khas Universiti

Syarat khas UTHM mengikut program adalah seperti berikut:

ProgramSyarat-syarat
Diploma Kejuruteraan Awam
  1. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) dalam mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut:
    • Mathematics
    • Chemistry
    • Biology
    • English for Science and Technology
    • Geografi
    • Lukisan Kejuruteraan
    • Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
    • Teknologi Kejuruteraan
    • Reka Cipta
    • Prinsip Perakaunan
    • Ekonomi Asas
    • Perdagangan
    • Pengajian Keusahawanan
    dan

  2. Mendapat sekurang-kurangnya Lulus Atas (Gred D) dalam mata pelajaran Additional Mathematics dan Physics.

    dan

  3. Mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred E) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

    dan

  4. Calon tidak cacat anggota (buta / pekak / lumpuh / bisu) yang menyukarkan kerja amali.
Diploma Kejuruteraan Elektrik
Diploma Kejuruteraan Mekanikal
Diploma Sains Gunaan
Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia
  1. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran berikut:
    1. Chemistry

    2. Mana-mana DUA (2) mata pelajaran berikut:
      • Mathematics
      • Biology
      • English for Science and Technology
      • Geografi
      • Lukisan Kejuruteraan
      • Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal
      • Teknologi Kejuruteraan
      • Reka Cipta
      • Prinsip Perakaunan
      • Ekonomi Asas
      • Perdagangan
      • Pengajian Keusahawanan
    dan

  2. Mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred E) dalam mata pelajaran Additional Mathematics.

    dan

  3. Mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred E) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

    dan

  4. Calon tidak cacat anggota (buta / pekak / lumpuh / bisu) yang menyukarkan kerja amali.
Diploma Teknologi Maklumat
  1. Mendapat sekurang-kurangnya kepujian (Gred C) dalam mata pelajaran Mathematics.

    dan

  2. Mendapat sekurang-kurangnya Lulus (Gred E) dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

    dan

  3. Calon tidak cacat anggota (buta / pekak / lumpuh / bisu) yang menyukarkan kerja amali.

 

Locate Us

Contact Us

Centre for Diploma Studies
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
Pagoh Higher Education Hub,
KM1, Jalan Panchor,
84600 Pagoh,
Muar, Johor.

Telephone:  +60 6-974 2016 / 2013 / 2018
Facsimile:  +60 6-974 2187

Operating Hours: Sunday to Wednesday 8:00 am to 1:00 pm
2:00 pm to 5:00 pm
Thursday 8:00 am to 1:00 pm
2:00 pm to 3:30 pm