• Current
free joomla slider

Pelajar CeDS Berbakat Besar Dalam Acara Menembak

Muhaffiz Hamid dilahirkan di Hospital Pasir Mas, Kelantan pada tanggal 27 Februari 1997. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Kebangsaan Sri Ciku 1, Gua Musang.Beliau menyambung pengajian di Sekolah Menengah Kebangsaan Ciku 2 sehingga tingkatan 3.Berdasarkan kecemelangan akademik dan ko-kurikulum beliau ditawarkan menyambung pengajian di Maktab Tentera Diraja Sungai Besi.

CeDS Memperkasakan Hubungan Antarabangsa

Pada 20 - 23 Disember 2015, Pusat Pengajian Diploma telah mengadakan lawatan Akademik ke Universiti Naresuan dan Universiti Kasetsart. Lawatan tersebut telah disertai oleh Prof. Dr. Hj. Ismail Bin Abdul Rahman (Dekan) dan En. Rosdi bin Ab. Rahman (Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

CeDS Menggantikan Akronim PPD UTHM

Pusat Pengajian Diploma atau Centre for Diploma Studies, kini dikenali dengan akronim baharu iaitu CeDS. CeDS disebut dengan sebutan dalam Bahasa Inggeris iaitu seeds yang membawa maksud biji benih. Para pelajar diploma UTHM merupakan biji benih yang perlu disemai dan dijaga dengan rapi supaya dapat menghasilkan produk yang berkualiti. CeDS merupakan tapak semaian untuk pelajar diploma di UTHM yang akan melahirkan para graduan unggul, berdaya saing serta beretika dan mereka yang bakal menerajui kepimpinan Malaysia dan dunia pada masa hadapan. Warga CeDS mengharapkan agar pimpinan global yang terbaik terhasil daripada CeDS UTHM pada masa akan datang, In sha Allah. Kerana tiada yang mustahil di CeDS. Segalanya bermula di CeDS.

Q-PPD raih Anugerah di Konvensyen Team Excellence Kebangsaaan

Kumpulan Q-PPD dari Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih Anugerah Emas Tiga Bintang dan Anugerah 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam di Konvensyen Team Excellence Kebangsaaan 2015 sekali gus melayakkan kumpulan ini mewakili negara dalam International Exposition on Team Excellence 2016 akan datang.

Disclaimer

© 2016 Center for Diploma Studies - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. All Rights Reserved.

This website is bound by the Legal Disclaimer, Privacy Policy, Security Policy and Copyright Notice mentioned.

Contact Us

Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
86400 Parit Raja,
Batu Pahat, Johor.


Tel: 07-4538558
Faks: 07-4538660

CeDS Dean

Prof. Madya. Dr. Mohamad Zaky bin Noh
Dean,
Pusat Pengajian Diploma,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.


E-Mail: zaky@uthm.edu.my
Tel: 07-4538557