• Current
free joomla slider

CeDS Memperkasakan Hubungan Antarabangsa

Pada 20 - 23 Disember 2015, Pusat Pengajian Diploma telah mengadakan lawatan Akademik ke Universiti Naresuan dan Universiti Kasetsart. Lawatan tersebut telah disertai oleh Prof. Dr. Hj. Ismail Bin Abdul Rahman (Dekan) dan En. Rosdi bin Ab. Rahman (Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal.

CeDS Menggantikan Akronim PPD UTHM

Pusat Pengajian Diploma atau Centre for Diploma Studies, kini dikenali dengan akronim baharu iaitu CeDS. CeDS disebut dengan sebutan dalam Bahasa Inggeris iaitu seeds yang membawa maksud biji benih. Para pelajar diploma UTHM merupakan biji benih yang perlu disemai dan dijaga dengan rapi supaya dapat menghasilkan produk yang berkualiti. CeDS merupakan tapak semaian untuk pelajar diploma di UTHM yang akan melahirkan para graduan unggul, berdaya saing serta beretika dan mereka yang bakal menerajui kepimpinan Malaysia dan dunia pada masa hadapan. Warga CeDS mengharapkan agar pimpinan global yang terbaik terhasil daripada CeDS UTHM pada masa akan datang, In sha Allah. Kerana tiada yang mustahil di CeDS. Segalanya bermula di CeDS.

Q-PPD raih Anugerah di Konvensyen Team Excellence Kebangsaaan

Kumpulan Q-PPD dari Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya meraih Anugerah Emas Tiga Bintang dan Anugerah 10 Kumpulan Terbaik Sektor Awam di Konvensyen Team Excellence Kebangsaaan 2015 sekali gus melayakkan kumpulan ini mewakili negara dalam International Exposition on Team Excellence 2016 akan datang.

Locate Us

Contact Us

Centre for Diploma Studies
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
Pagoh Higher Education Hub,
KM1, Jalan Panchor,
84600 Pagoh,
Muar, Johor.

Telephone:  +60 6-974 2016 / 2013 / 2018
Facsimile:  +60 6-974 2187

Operating Hours: Sunday to Wednesday 8:00 am to 1:00 pm
2:00 pm to 5:00 pm
Thursday 8:00 am to 1:00 pm
2:00 pm to 3:30 pm