Portal Rasmi Pusat Pengajian Diploma

Pendidikan Berasaskan Hasil

  • Utama
  • Akademik
  • Pendidikan Berasaskan Hasil

Pengenalan

Pendidikan berasaskan hasil atau outcome-based education (OBE) merupakan tulang belakang pendidikan, khususnya di institusi-institusi pengajian tinggi di Malaysia. Menurut Spady (1994), OBE bermaksud memberi tumpuan dan mengatur semua perkara dalam sistem pendidikan dengan jelas, berpaksikan apa yang penting untuk para pelajar, agar mereka boleh menghabiskan pembelajaran dengan jayanya, di akhir pengalaman pembelajaran mereka. Ini bermakna, OBE bermula dengan gambaran jelas tentang apa yang penting untuk pelajar pelajari, kemudian mengatur kurikulum, pengajaran dan penilaian untuk memastikan pembelajaran akhirnya berlaku.

Oleh itu, OBE adalah proses yang melibatkan penyusunan kurikulum, penilaian dan amalan pelaporan dalam pendidikan, untuk membolehkan pelajar, memperoleh pencapaian dan menguasai pembelajaran pada peringkat tertinggi.

Kepentingan

  • Menggalakkan pelajar memperoleh piawaian pencapaian tertinggi menerusi penglibatan yang mendalam dalam pembelajaran.
  • Menyediakan pelajar untuk suasana kehidupan dan pekerjaan abad ke-21.
  • Menggalakkan penghasilan bentuk penilaian yang lebih tulen dan telus.
  • Menggalakkan proses membuat keputusan mengenai kurikulum dan kaedah pengajaran dilakukan di peringkat institusi pengajian.
  • Disokong oleh penandatangan Washington Accord.

Pelaksanaan

  • Dipandu oleh manual akreditasi Majlis Akreditasi Teknologi Kejuruteraan (ETAC) atau manual akreditasi Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT), serta manual akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
  • Penyediaan dokumen seperti tatacara operasi piawai (SOP), fail, pembelajaran berasaskan masalah (PBL), tugasan, ujian, peperiksaan, manual makmal, tesis dan laporan latihan industri, yang memenuhi kehendak ETAC atau MBOT, serta MQA.
  • Pelaksanaan penambahbaikan kualiti berterusan (CQI) pada setiap semester.
Carta Alir Pendidikan Berasaskan Hasil

Carta Alir Pendidikan Berasaskan Hasil

Glosari

Objektif Pendidikan Program

Objektif pendidikan program atau programme educational objectives (OBE) adalah pernyataan luas yang menerangkan pencapaian kerjaya dan profesional, yang program tersebut lakukan, dalam penyediaan graduan.

Hasil Pembelajaran Program

Hasil pembelajaran program atau programme learning outcomes (PLO) adalah pernyataan yang menerangkan apa yang diharapkan pelajar tahu, dan dapat lakukan atau capai, dari segi kemahiran, pengetahuan dan tingkah laku atau sikap, setelah tamat pengajian.

Hasil Pembelajaran Kursus

Hasil pembelajaran kursus atau course learning outcomes (CLO) adalah pernyataan yang menerangkan apa yang harus pelajar pelajari di akhir kursus.

Penambahbaikan Kualiti Berterusan (CQI)

Penambahbaikan kualiti berterusan atau continuous quality improvement (CQI) Proses yang dilakukan pada setiap semester, yang menggalakkan penggunaan data yang objektif, dalam menganalisis serta membuat penambahbaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.


Hak Cipta © 2021 Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Paparan terbaik menggunakan pelayar web terkini dengan resolusi minimum 1280 x 720.

Dikemas kini pada 13 October 2021, 11:59 pm.