Seramai 801 Graduan CeDS 2020 Diraikan Dalam Majlis Penyampaian Skrol
Oleh Encik Fawwaz bin Mohd Nasir
27 February 2022, 10:16 am
BATU PAHAT: Seramai 801 graduan tahun 2020 Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah diraikan dalam sebuah Majlis Penyampaian Skrol, sempena Istiadat Konvokesyen Ke-20 UTHM.
Majlis ini merupakan majlis susulan dari majlis Istiadat Pengisytiharan Penganugerahan Diploma yang telah diadakan pada 8 November 2020 lalu, disebabkan penularan gelombang ketiga penyakit koronavirus 2019 (COVID-19).
Selain penganugerahan skrol, Anugerah Akademik turut diserahkan kepada graduan dalam majlis tersebut.
Graduan-graduan yang menerima Anugerah Akademik ialah:
Ng Zhi Yang Anugerah Canselor
Nur Syafiqah Husna binti Zainul Arshad Anugerah Tan Sri Dato’ Paduka Hajjah Aishah Ghani
Muhamad Shahril bin Musa Anugerah Hadiah Buku Yayasan UTHM
Amni Mahirah binti Mohamed Hashim Anugerah UTHM Holdings
Chin Wen Xin Anugerah UTHM Holdings
Senarai penuh nama graduan adalah seperti yang telah tercatat dalam buku konvokesyen. Rakaman istiadat boleh ditonton seperti berikut. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para graduan!