Portal Rasmi Pusat Pengajian Diploma

Taksonomi Bloom

  • Utama
  • Program
  • Taksonomi Bloom
Kandungan

Pendahuluan

Taksonomi Bloom adalah set tiga model hierarki yang digunakan untuk mengklasifikasikan objektif pembelajaran mengikut aras kerumitan dan kekhususan. Model ini dinamakan sempena nama Benjamin Bloom, yang telah mempengerusikan sebuah jawatankuasa pendidik, bagi merangka taksonomi tersebut.

Domain

Taksonomi Bloom mengkategorikan kemahiran dan objektif yang ingin dicapai oleh pelajar kepada 3 domain iaitu kognitif, afektif dan psikomotor.

DomainPenerangan
Kognitif

Digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual.

Afektif

Digunakan untuk mengukur kemahiran generik, yang telah diterapkan kepada pelajar melalui penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan juga dalam pelbagai perbincangan secara berkumpulan seperti dalam kursus reka bentuk sistem dan sebagainya.

Psikomotor

Digunakan untuk mengukur kemahiran praktikal dan teknikal.

Tema

Kemahiran ini diterapkan melalui proses latihan industri, uji kaji makmal dan juga lawatan teknikal. Kemahiran kognitif merupakan domain taksonomi yang digunakan untuk mengukur kemahiran intelektual berdasarkan satu hierarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Pada asalnya, domain kognitif Taksonomi Bloom dibahagikan kepada enam aras. Namun, sekitar tahun 1990-an, terdapat beberapa perubahan telah dilakukan secara berperingkat. Antara perubahan yang telah dilaksanakan ialah perubahan terminologi. Sebagai contoh, tema pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian ditukarkan kepada mengingat, memahami, mengaplikasi, menganalisis, menilai dan membina.

TemaPenerangan
Pengetahuan

Mengingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran yang lepas.

Contoh kata kerja: nyatakan, terangkan, namakan, labelkan.

Pemahaman

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.

Contoh kata kerja: pilih, terangkan, tulis semula.

Aplikasi

Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Membina graf daripada data, dan lain-lain.

Contoh kata kerja: selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

Analisis

Memecahkan sesuatu yang kompleks kepada yang kecil, membezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

Contoh kaya kerja: bezakan, pasti, pilih.

Sintesis

Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Contoh kata kerja: bina, hasilkan, susun, kembangkan.

Penilaian

Membuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik.

Contoh kata kerja: pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.


Hak Cipta © 2021 Pusat Pengajian Diploma, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Paparan terbaik menggunakan pelayar web terkini dengan resolusi minimum 1280 x 720.

Dikemas kini pada 03 December 2021, 6:20 pm.