Pengumuman
Pendaftaran Kursus Semester I, Sesi 2022/2023

Pendaftaran kursus bagi Semester I, Sesi 2022/2023 untuk semua pelajar kanan program diploma akan bermula pada ketetapan berikut:
- Tahun 3 – mulai 9 pagi 20 September 2022 hingga 26 September 2022
- Tahun 2 – mulai 9 pagi 21 September 2022 hingga 26 September 2022
- Tahun 1 – mulai 9 pagi 22 September 2022 hingga 26 September 2022
Memo Pejabat Pengurusan Akademik UTHM
Pendaftaran wajib dibuat secara dalam talian di SMAP.
Maksimum kredit yang boleh didaftarkan adalah 20 kredit sahaja.
Semua pelajar wajib mendaftar semua kursus yang disenaraikan mengikut kohort / group yang ditetapkan.
| Program | Tahun | Jadual Penawaran Kursus |
|---|---|---|
| Diploma Kejuruteraan Awam | 2 | Group A, Group B, Group C, Group D |
| 1 | Group A, Group B, Group C, Group D | |
| Diploma Kejuruteraan Elektrik | 2 | Group A, Group B, Group C, Group D |
| 1 | Group A, Group B, Group C | |
| Diploma Kejuruteraan Mekanikal | 2 | Group A, Group B, Group C, Group D |
| 1 | Group A, Group B, Group C, Group D | |
| Diploma Sains Gunaan | 2 | Semua |
| 1 | Semua | |
| Diploma Teknologi Animasi | 2 | Group 1, Group 2 |
| 1 | Group 1, Group 2 | |
| Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia | 2 | Semua |
| 1 | Group A, Group B | |
| Diploma Teknologi Maklumat | 2 | Group 1, Group 2, Group 3, Group 4, Group 5, Group 6 |
| 1 | Group 1, Group 2, Group 3, Group 4, Group 5, Group 6 |
Semua pelajar dikehendaki menyelesaikan hutang dengan kadar segera bagi memastikan pelajar boleh mendaftar kursus di SMAP.
Mana-mana pelajar yang berstatus berhutang tidak dibenarkan membuat pendaftaran kursus sebagaimana termaktub pada Perkara 7 (10), Peraturan Akademik.
Semua pelajar wajib mencetak slip atau menyimpan salinan lembut (softcopy) secara PDF atau menangkap layar (screenshot) pendaftaran kursus bagi tujuan bukti pendaftaran telah dibuat selain bagi memastikan pendaftaran yang telah dibuat sama dengan yang telah ditetapkan di dalam jadual penawaran mengikut kohort dan kumpulan yang telah dipilih oleh anda.
Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi pegawai-pegawai Unit Akademik, Pusat Pengajian Diploma / penyelaras jadual waktu jabatan / penasihat akademik dan kerjaya (PAK) masing-masing untuk bantuan dan maklumat lanjut.
Popular
-
Permohonan Diploma UTHM Ambilan Julai 2025 -
Pendaftaran Kursus Semester II, Sesi 2024/2025 -
Semakan Panggilan Penghantaran Portfolio Diploma Teknologi Animasi -
Permohonan Diploma UTHM Ambilan Julai 2026 -
Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Semester II, Sesi 2024/2025 -
Semakan Panggilan Penghantaran Portfolio Diploma Teknologi Animasi Ba… -
Join Us for iDRIVE '25: Now a Hybrid Event -
Uji Lari Troli Pengumpulan Sisa Makanan 3 Dalam 1 -
Kajian Kepuasan Pelanggan 2026
