Skip to main content

Visi, Misi dan Objektif

Visi

Menjadi cemerlang dalam menyediakan pengajian multidisiplin dalam kejuruteraan, sains dan teknologi.

Misi

Menghasilkan graduan yang menyumbang kepada pembangunan negara melalui program akademik yang holistik.

Objektif Kualiti

  1. Memastikan enrolmen pelajar melebihi 90 peratus daripada jumlah sasaran bagi setiap sesi kemasukan pelajar.
  2. Memastikan nilai perolehan dana penyelidikan baharu mencapai sekurang-kurangnya 30 peratus daripada Sasaran Kerja Tahunan (SKT) pada tahun semasa.
  3. Menghasilkan penerbitan ilmiah dalam pelbagai bentuk dengan purata sekurang-kurangnya empat penerbitan bagi setiap staf akademik setahun.
  4. Memastikan kadar kebolehpasaran graduan mencapai sekurang-kurangnya 95 peratus dalam tempoh enam bulan selepas bergraduan.
  5. Memastikan 100 peratus staf memenuhi keperluan jumlah 40 jam latihan setiap tahun.