Berita
Menzahirkan Tanggungjawab Sosial Menerusi Program Sinar JKE

YONG PENG: Pada 7 hingga 15 November 2021, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program Khidmat Masyarakat Tautan ‘Sinar JKE’ Siri 3 untuk Maahad Darul Huffaz Al-Imtiyaz di Kampung Baru Mukim 7, Parit Yaani.
Pusat tahfiz ini amat memerlukan penambahbaikan sistem pendawaian elektrik sedia ada bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pelajar seterusnya dapat memastikan perlaksanaan proses pengajian dalam melahirkan ahli hafazan Al-Quran dapat dilaksanakan dengan lancar dan kondusif.
Bagi tujuan tersebut, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, CeDS telah mengambil inisiatif untuk menyumbang khidmat menjurus kepada kerja-kerja pendawaian elektrik bagi meringankan beban kewangan pihak pusat tahfiz.
Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menjalinkan hubungan yang strategik dengan komuniti setempat disamping mengaplikasi ilmu untuk disumbangkan kepada masyarakat yang memerlukan dan seterusnya dapat memupuk rasa keprihatinan dan kesedaran tentang tanggungjawab sosial.
Pasukan khidmat masyarakat ini menggerakkan 11 orang staf yang diketuai oleh penaung dan pengarah program iaitu Prof. Madya Dr Mohamad Zaky bin Noh dan Dr Muhammad Faizal bin Ismail.
Pada peringkat permulaan, seramai 39 orang pelajar telah menyambung sesi pengajian di Maahad ini dengan dibantu oleh tiga orang Ustaz dan seorang Warden sepenuh masa.
Syabas, tahniah dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program kemasyarakatan ini sebagai bukti keprihatinan pihak CeDS kepada masyarakat.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
