Berita
Projek Diploma Teknologi Maklumat Diiktiraf Akademia Antarabangsa

PAGOH: Sebuah program pembentangan projek tahun akhir Diploma Teknologi Maklumat bersama panel luar telah dianjurkan oleh Jabatan Teknologi Maklumat (JTM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).
Program ini yang terdiri dari dua sesi selari melibatkan 10 buah kumpulan projek tahun akhir, telah diadili oleh panel yang terdiri daripada akademia tempatan dan antarabangsa.
Panel luar ini dianggotai dua juri daripada Shibaura Institute of Technology (SIT) di Jepun, dua juri daripada Universiti Utara Malaysia (UUM), seorang juri daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), dan seorang juri daripada UOW Malaysia KDU University College.
Kumpulan pelajar projek diploma yang menghadiri program ini pula, merupakan 10 kumpulan terbaik yang telah ditapis daripada 48 buah kumpulan pelajar projek tahun akhir.
Hasil dari penjurian itu, projek Object-Oriented Programming Question Bank Generator oleh Saudara Tengku Muhammad Muzaffar bin Tengku Masly Mohd Gadafi, Saudari Nurulain Asyikin binti Dzol Karnain dan Saudari Nurul Shafikah binti Taslan telah dianugerahkan Pingat Emas.
Projek yang dianugerahkan Pingat Perak adalah Flood Controlling Smart System; Smart River Bentayan oleh Saudara Muhammad Hafiiz bin Zainudin, Saudara Mohamad Syazrul bin Mohd Jafri dan Saudara Khairin Irfan bin Mohd Irwan.
Manakala, projek Application Martingale Strategy in Ripple Crypto Currency Expert Adviser System Development oleh Saudara Wan Mohamad Farid bin Wan Zawawi, Saudara Mohammed Danish Iskandar bin A. Razak dan Saudari Nuraina Aqilah binti Norsuhaimi dianugerahkan Pingat Gangsa.
Kesemua sepuluh kumpulan tersebut mendapat sijil penyertaan elektronik.
Tahniah kepada kesemua kumpulan dan para penyelia!
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
