Berita
SULAM Wahana Perkenalkan Pelajar Sekolah Kepada Prinsip-prinsip Statik

BUKIT PASIR: Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan program Young Technologist @ School bersama sekolah angkat CeDS, SMK Bukit Pasir pada 5 Disember 2022.
Program ini merupakan salah satu langkah khidmat masyarakat dan diadakan bagi tujuan berkongsi dan menerapkan pengetahuan berkaitan kejuruteraan serta teknologi kepada pelajar sekolah.
Program ini sekali gus bertujuan memperkenal serta mempromosikan program diploma kepada sekolah angkat CeDS, UTHM.
Selain itu, program ini adalah memenuhi keperluan untuk penilaian projek Service Learning Malaysia-University for Society (SULAM) dalam kursus Statik.
Seramai 10 staf akademik JKM dan 20 mahasiswa tahun 1, program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DAM) terlibat dalam program khidmat masyarakat serta SULAM bagi proses perpindahan pengetahuan berkaitan kursus Statik kepada pelajar tingkatan 3 SMK Bukit Pasir.
Mahasiswa berperanan sebagai fasilitator kepada pelajar SMK Bukit Pasir di mana mahasiswa ini akan berkongsi dan menerapkan pengetahuan berkaitan kejuruteraan dan teknologi kepada pelajar sekolah.
Bagi pengisian aktiviti sepanjang program, empat eksperimen Statik telah dipilih sebagai aktiviti yang akan dikongsi dan diajari kepada pelajar SMK Bukit Pasir.
Empat eksperimen terlibat ialah keseimbangan daya, keseimbangan badan tegar, prinsip momen dan poligon daya.
Pelajar sekolah akan menjalankan uji kaji eksperimen selepas diberi penerangan dan konsep setiap eksperimen ini.
Mereka turut menerangkan hubung kaitkan teori dalam kursus Statik dengan aplikasi sebenar.
Di samping itu, sebagai duta UTHM, staf akademik dan mahasiswa turut mengambil peluang untuk mempromosi program diploma kepada pelajar dan guru SMK Bukit Pasir.
Turut dikongsikan prasyarat bagi tiap program diploma di CeDS untuk panduan pelajar tingkatan 3 memilih aliran semasa tingkatan 4 di masa akan datang.
Selain itu, staf akademik JKM turut mempromosikan program dengan memperkenalkan teknologi percetakan 3D kepada guru dan pelajar sekolah.
Turut ditayangkan video promosi program diploma CeDS untuk pendedahan dan informasi berkaitan program diploma di UTHM.
Menjadi tanggungjawab CeDS bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepada masyarakat sekitar kampus agar masyarakat sekitar mendapat manfaat dari keberadaan universiti di kawasan berhampiran.
Secara tidak langsung, ini membuktikan bahawa universiti tidak hanya fokus kepada pendidikan dan kebajikan mahasiswa, malah turut melibatkan komuniti dalam sebarang program dilaksanakan sebagai keprihatinan universiti terhadap masyarakat setempat.
Pelaksanaan program ini secara tidak langsung dapat menghasilkan mahasiswa yang dapat memajukan kehidupan masyarakat.
Program ini dilihat dapat meningkatkan kualiti graduan yang bakal menjadi lentera kepada kemajuan masyarakat.
Melalui pendidikan diharap menjadi titik tolak dalam perubahan kepada kehidupan sosial dalam masyarakat pasca moden ini.
Program dan aktiviti khidmat masyarakat ini meningkatkan peluang mahasiswa untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran di luar, sekali gus melahirkan graduan yang holistik.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
