Berita
Wacana Teknologi Dedah Pelajar CeDS Kepada Konsep Metasemesta

PAGOH: Sebuah wacana teknologi bertajuk Metaverse atau Metasemesta telah dianjurkan oleh Jabatan Teknologi Maklumat (JTM), Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada 13 Jun 2022 lalu.
Wacana yang diadakan secara dalam talian selama satu jam setengah tersebut, telah disampaikan oleh Ts Syazani bin Suhaifi, yang merupakan pakar integrasi sistem realiti terimbuh (AR) dan realiti maya (VR), selain merupakan pengasas Syazmedia PLT.
Pada permulaan wacana yang dihadiri para pelajar dan staf JTM itu, Ts Syazani telah menceritakan serba sedikit mengenai sejarah teknologi AR, VR dan metasemesta.
Ia disusuli dengan penerangan latar belakang dan prinsip asas yang membezakan teknologi metasemesta dengan teknologi-teknologi AR dan VR.
Secara asasnya, metasemesta merupakan sebuah teknologi yang masih lagi dalam proses pembangunan di mana internet dianggap sebagai dunia maya tunggal, universal dan imersif yang direalisasikan dengan penggunaan headset VR dan AR.
Justeru, para pelajar dan staf JTM turut didedahkan dengan perkembangan terkini metasemesta, kekangan-kekangan teknologi sedia ada dalam merealisasikan metasemesta, serta masa hadapan metasemesta.
Ts Syazani turut menerangkan serba sedikit mengenai projek terbaharu syarikat beliau iaitu pembangunan simulator gerakan penuh bagi melatih tatacara pengendalian ground support equipment secara selamat, untuk sebuah syarikat dari timur tengah.
Wacana tersebut diakhiri dengan sesi soal jawab.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
