Berita
Pelajar Diploma Teknologi Animasi Mempamer Karya di Program Kembara Canselor @ UTHM

BATU PAHAT: Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang merupakan Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkenan mengunjungi kampus induk UTHM sempena sambutan 30 tahun penubuhan universiti pada 19 Jun 2023.
Turut hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan Pengerusi Lembaga Pengarah UTHM, Dato’ Sri Ibrahim Ahmad, Naib Canselor UTHM, Profesor Ir Ts Dr Ruzairi Abdul Rahim serta pegawai-pegawai utama UTHM.
Pemangku Dekan Dr Muhammad Faizal Ismail, Ketua Jabatan Teknologi Maklumat Ts Dr Noordiana Kassim @ Kasim dan staf akademik Jabatan Teknologi Maklumat serta beberapa pelajar Diploma Teknologi Animasi telah bersama-sama memeriahkan sambutan dalam Program Kembara Canselor @ UTHM sempena ulang tahun ke-30 UTHM.
Beberapa karya animasi dan lukisan dari hasil karya pelajar Diploma Teknologi Animasi telah dipamerkan dalam program ini. Ianya mendapat sambutan yang baik dari hadirin yang hadir.
Melalui jemputan sebagai pempamer, ianya memberi ruang pendedahan kepada Diploma Teknologi Animasi dalam mempamerkan bakat dan hasil karya ke tahap lebih tinggi selain ianya memberi kesan baik dalam pembinaan keyakinan khususnya mengungkap idea animasi dan lukisan.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
