Berita
Dua Orang Staf Akademik Pusat Pengajian Diploma Antara Penerima Geran Penyelidikan Pascasiswazah (GPPS) Bagi Tahun 2023

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS) merakamkan ucapan penghargaan buat dua orang staf akademik daripada Jabatan Kejuruteraan Awam yang telah berjaya memperolehi geran GPPS bagi tahun 2023.
Geran ini merupakan geran dalaman universiti bertujuan untuk menyemarakkan penyelidikan dengan membiayai sebahagian dari aktiviti penyelidikan pelajar pascasiswazah.
Penerima pertama, Ts Dr Norhayati binti Ngadiman menerusi tajuk kajian, Effectiveness of Dry Seed as Natural Coaglants in Water Treatment Process telah berjaya memperolehi dana sebanyak RM20 000.
Manakala, Prof. Madya Hj Masiri bin Kaamin pula telah berjaya mendapat dana sebanyak RM40 000 bagi dua tajuk iaitu, Coastal Erosion Vulnerabilities and Risks at West Coast Peninsular Malaysia dan Sediment Movement Analysis from Littoral Environment Observation (LEO) and Longshore Sedimen Transport Rate (LSTR) at Batu Pahat Coastal Area.
Diharapkan kejayaan ini menjadi pemangkin buat staf akademik yang lain untuk menyemarakkan budaya penyelidikan di CeDS.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
