Berita
Lawatan ke Gedung IKEA Damansara Wadah Kajian dan Analisis Masalah Ergonomik

DAMANSARA: Program Lawatan Sambil Belajar ke Gedung IKEA Damansara bagi kursus Kejuruteraan Industri (DAM23702) telah diadakan di IKEA Damansara, dengan penyertaan 56 pelajar tahun 2 program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (DAM) sesi 2022/2023.
Seramai tiga pegawai pengiring turut menyertai program ini iaitu Puan Hafsa binti Mohammad Noor selaku pensyarah kursus, Dr Noor Azizah binti Sidek dan Puan Nurmina binti Abdullah.
Tujuan lawatan adalah untuk memperkukuhkan pemahaman pelajar berkaitan silibus kursus Kejuruteraan Industri sekali gus memberi pengalaman situasi sebenar bagi pelajar mengkaji dan menganalisis tentang masalah-masalah ergonomik terhadap alatan, produk, sistem atau persekitaran di IKEA yang perlu ditambahbaik bagi meningkatkan tahap keselesaan, keselamatan dan dari aspek yang lain.
Gedung IKEA bersesuaian memandangkan ianya menawarkan pelbagai reka bentuk alatan, produk, sistem atau persekitaran yang berkualiti pada harga berpatutan bagi kegunaan masyarakat Malaysia dan sesuai untuk dikaji dari segi ergonomik.
Pendedahan kepada aplikasi ergonomik di industri atau pasaran perlu diberi kepada pelajar yang mengambil kursus ini.
Pelajar dapat mempelajari faktor yang perlu dipertimbangkan dari sudut Kejuruteraan Industri.
Setiap kumpulan pelajar akan melaksanakan tugas dengan memilih satu reka bentuk alatan, produk, sistem atau persekitaran di gedung IKEA yang boleh menyebabkan sebarang isu atau masalah ergonomik terhadap manusia.
Pelajar akan menjalankan analisis ergonomik ke atas peralatan atau perabot yang dipilih sekali gus mengenal pasti ruang untuk penambahbaikan pada reka bentuk sedia ada berdasarkan antropometri, biomekanik, pemerhatian atau sebarang kaedah analisis ergonomik yang berkaitan.
Pelajar akan menggunakan kaedah Kejuruteraan Industri untuk mengumpul data dan menganalisis masalah.
Pelajar melaksanakan tugasan ini di Gedung IKEA bagi merasai sendiri pengalaman mengambil ukuran dan mengumpul data, sekali gus mengambil gambar alatan, produk, sistem atau persekitaran yang akan dianalisis.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
