Berita
Lukisan Karakter Animasi sebagai Medium Kerjasama Komuniti

BUKIT PASIR: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan Program Sulam CeDS 2023: A-CLASS 2023 yang telah dijalankan di SMK Bukit Pasir. Program berbentuk khidmat masyarakat ini melibatkan kerjasama antara pelajar Diploma Teknologi Animasi dan pelajar tingkatan empat SMK Bukit Pasir yang mengambil jurusan Pendidikan Seni Visual.
Program ini merupakan sebahagian daripada penilaian bagi Subjek Asas Senilukis dan Asas Lukisan yang diambil oleh mahasiswa/i Diploma Teknologi Animasi. Secara tidak langsung program ini memberikan peluang kepada pelajar untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran senilukis dan teknik lukisan karakter animasi kepada komuniti, khususnya murid-murid sekolah.
Sebanyak 144 peserta telah menyertai program ini, terdiri daripada 114 murid PSV Tingkatan 4 dari SMK Bukit Pasir dan 30 mahasiswa/i tahun pertama Diploma Teknologi Animasi. Peserta-peserta ini terlibat dalam aktiviti pembelajaran aktif dan berkumpulan, demonstrasi lukisan, serta kuiz interaktif yang bertujuan mengenalkan kemahiran senilukis karakter animasi menggunakan arang secara mendalam.
Malah, murid-murid sekolah juga diberi peluang untuk melihat dan melakukan aktiviti sesi kritik seni karya animasi yang telah dihasilkan oleh pelajar Diploma Teknologi Animasi, menjadikan pengalaman ini lebih bermakna dan merangsang minat terhadap bidang animasi.
Hasil daripada temubual pada penghujung prongram menunjukkan reaksi yang positif daripada murid sekolah. Mereka menyatakan kesungguhan dan keinginan untuk mengejar minat dan penglibatan dalam aliran Animasi pada peringkat pengajian tinggi.
Program ini dikelolakan oleh Ketua Jabatan, Jabatan Teknologi Maklumat, CeDS, Ts Dr Noordiana Binti Kassim @ Kasim, bersama pensyarah-pensyarah Diploma Teknologi Animasi dan guru-guru Pendidikan Seni Visual dari SMK Bukit Pasir. Program ini menunjukkan kesungguhan universiti dalam menjayakan inisiatif Services-Learning Malaysia–University for Society (SULAM) yang menggabungkan objektif pembelajaran dengan khidmat komuniti serta memupuk hubungan kerjasama antara institusi pendidikan bagi meningkatkan pemahaman dan minat pelajar-pelajar sekolah dalam bidang animasi.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
