Berita
Pelajar Diploma Teknologi Animasi UTHM Rangkul Creative Artist Award dan Spotlight Award Dalam MR DIY Art Competition 2024

PETALING JAYA: Telah diadakan majlis penyampaian hadiah bagi meraikan seramai 22 pemenang MR DIY Art Competition 2024 dengan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM100,000 di Ikano Power Centre Petaling Jaya. Sukacita, Cham Tian Yuan, pelajar Diploma Teknologi Animasi telah merangkul anugerah Creative Artist Award bagi kategori Institusi Pendidikan membawa pulang wang tunai berjumlah RM800. Karya bertajuk Tiger Dream yang mengisahkan tentang seekor kucing bertompok oren yang dalam gelembung angan-angannya berkhayal menjadi seekor Harimau yang perkasa, namun realitinya, kucing ini telah merosakkan jambangan bunga milik tuannya semasa mengejar seekor belalang.
Manakala Muhammad Danial Zukiman, dengan karya bertajuk The Nature Beauty dipilih sebagai Spotlight Award bagi kategori Institusi Pendidikan dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM500. Karya ini mengisahkan tentang gelojohnya manusia mencari kecantikan luaran sehingga lupa bahawa manusia punya kecantikan dalaman yang lebih ikhlas dan jujur. Kedua-dua karya ini bersama karya pemenang-pemenang yang lain akan dipamerkan di Segaris Art Centre bermula 1 hingga 7 Julai 2024.
Pertandingan ini membuktikan dengan kesungguhan usaha dan bakat, pelajar Pusat Pengajian Diploma (CeDS) adalah sebaris dengan artis-artis berpengalaman dalam menghasilkan karya catan bertemakan abstrak. Tambahan pula, karya ini adalah eksplorasi projek yang dihasilkan bagi subjek asas lukisan. Diharap para pelajar yang menyertai pertandingan ini dapat meneruskan kecemerlangan bakat kreatif dalam pembikinan karya animasi akan datang.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
