Berita
Motivasi Kepada Sekumpulan Pelajar SMK Bandar Tasik Selatan Agar Lebih Bersemangat Belajar dan Berstrategi Sebelum Menduduki SPM

PARIT RAJA: Sekumpulan 28 pelajar daripada SMK Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur bersama empat orang guru pengiring telah mengadakan lawatan ke Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bagi memberikan pendedahan kepada pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 akan suasana pembelajaran di kampus.
Slot motivasi dan promosi program diploma juga diadakan bersama Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya bersama Puan Nabiah binti Zinal. Antara pengisian yang dikongsi adalah kenapa pelajar perlu sambung pengajian di peringkat lebih tinggi selepas SPM. Dalam sesi slot motivasi tersebut, beliau menekankan kepada keperluan meningkatkan jati diri pelajar dalam menghadapi cabaran hidup dengan bijak membuat keputusan tanpa terpengaruh dengan pempengaruh di sosial media. Dengan menarik data beberapa tahun lepas yang menyatakan pelajar lepasan SPM yang tidak minat menyambung pengajian ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) menyebabkan berlaku kemerosotan dalam enrolmen pelajar di semua IPT.
Selain itu, pelajar juga didedahkan dengan program-program yang ada ditawarkan oleh Pusat Pengajian Diploma, UTHM beserta syarat-syarat minimum yang diperlukan untuk pelajar fokus dalam SPM. Diharapkan dengan perkongsian ini, dapat membantu pelajar lebih berstrategi dan fokus dalam pelajaran dan lebih bersemangat untuk meyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi setelah mendapat Keputusan SPM kelak.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
