Berita
Lawatan Kerja ke Pejabat Wilayah Selatan PLUS Bagi Perbincangan Program Kerjasama Universiti dan Industri Bagi Manfaat Kepada Masyarakat

YONG PENG: Kumpulan fokus Sustainable Product Development (S-ProuD), Pusat Pengajian Diploma, UTHM telah mengadakan lawatan dan perbincangan bersama Pengurus Southern Region Office (SRO) Plus Expressways Bhd. yang bertempat di Yong Peng pada 25 Julai 2024.
Lawatan yang diketuai oleh Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya, bersama-sama ahli kumpulan fokus iaitu Ts Mahmod Abd Hakim bin Mohamad, Ts Suhairi bin Ismail, Ts Abdullah bin Wagiman dan Puan Hafsa binti Mohammad Noor telah disambut oleh Pengurus SRO Plus sendiri iaitu Encik Hairunizam bin Sa’ad.
Perbincangan yang berlangsung hampir sejam telah berjaya membincangkan beberapa potensi program kerjasama antaranya program tanggungjawab sosial korporat (CSR) universiti bersama industri di sekolah menengah yang terpilih di sekitar Pagoh, Muar dan Tangkak.
Selain itu, beberapa cadangan projek inovasi bagi menyelesaikan permasalahan yang berlaku di lebuh raya dibawah kawalan PLUS juga turut dibincangkan dan akan dibentangkan pada masa yang ditentukan.
Potensi pelajar untuk latihan industri juga diketengahkan dan mendapat sokongan daripada PLUS apabila diperlukan.
Semoga dengan lawatan dan perbincangan bersama ini dapat mengeratkan hubungan universiti dan Industri di samping dapat menambah rangkaian kerjasama bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh industri dan masyarakat.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
