Berita
Bicara Industri Bersama Penasihat Industri Dari Wau Animation dan CompTIA

PAGOH: Satu program Bicara Industri telah diadakan di Dewan Konvensyen, UTHM Kampus Pagoh. Program ini melibatkan dua orang panel industri iaitu Encik Mohd Asrul bin Nasirudin dari Wau Animation Sdn Bhd bagi program Diploma Teknologi Animasi (DAG) dan Encik Hairil Izwan bin Isamuddin dari CompTIA Malaysia bagi program Diploma Teknologi Maklumat (DAT). Program ini diselitkan bersempena Jabatan Teknologi Maklumat Exhibition (JTM-EX) iaitu program penilaian akhir Projek Diploma bagi program DAG dan DAT.
Program ini melibatkan seramai sekitar 230 orang pelajar yang terdiri dari program DAG dan DAT. Dalam program ini, panel industri telah memberi beberapa saranan kepada pelajar seperti haruslah sentiasa positif, matang dan mandiri dalam menjalani dunia pekerjaan kelak. Panel industri telah menyampaikan saranan-saranan positif yang boleh diambil pedoman oleh setiap pelajar bagi membina sahsiah diri yang tinggi dalam alam pekerjaan kelak.
Program berkonsepkan penerangan kerjaya ini, ini turut disokong sepenuhnya oleh Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, Ts Dr Noordiaana binti Kassim @ Kasim. Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat memberi ruang kepada ahli akademik bekerjasama dengan panel industri dalam menggembleng tenaga bersama dalam mewujudkan ekosistem pendidikan yang lebih dinamik dan mapan.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
