Berita
Eksplorasi Kerjaya Dalam Dunia Animasi Melalui Lawatan Industri (Animation Trip: A-Trip) ke Inspedia Sdn Bhd

PETALING JAYA: Kelab pelajar Diploma Teknologi Animasi (DAG), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan jayanya telah mengadakan program lawatan industri ke Inspedia Sdn Bhd di Petaling Jaya. Seramai 36 pelajar yang terdiri daripada pelajar DAG tahun 1 dan 2 telah menyertai lawatan ini diiringi oleh 3 pensyarah iaitu Encik Mohd Firdaus bin Mohd Herrow, Encik Mokhtar bin Yahya dan Cik Bakhreza binti A. Talib.
Program lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan peluang kerjaya sebagai animator dan memahami proses pembikinan karya animasi bertaraf antarabangsa. Pelajar diberi peluang untuk mendalami dan memahami proses sebenar “2D-animation pipeline” yang disampaikan oleh Encik Ijan Rosli, selaku Head of Finishing Department. Inspedia Sdn Bhd adalah sebuah studio animasi yang terlibat dalam penghasilan animasi-2D yang disiarkan di rangkaian televisyen tempatan dan luar negara seperti Mustang Mama, Johan the Young Scientist, Kobushi dan banyak lagi.
Selain itu, pelajar telah dibawa melawat kesemua jabatan yang terdapat di Inspedia Sdn Bhd, bermula dari Animation, Character Design dan Background. Pelajar dapat melihat secara jelas persekitaran dan cara kerja sebenar industri animasi di studio ini. Malah, peluang ini digunakan sebaiknya dengan bersoal jawab bersama animator yang sedang bekerja, tujuannya adalah untuk mendapatkan ilmu baru, bertanya mengenai pengalaman dan sebagainya. Melalui interaksi dua hala ini, banyak input baru telah diperolehi oleh pelajar.
Dengan berakhirnya sesi lawatan ini, diharap para pelajar DAG dapat memanfaatkan pengetahuan, pendedahan dan pengalaman yang diperoleh untuk diaplilaksi dalam penghasilan karya animasi terutamanya pembikinan karya FYP seterusnya bersedia memasuki alam pekerjaan setelah tamat pengajian.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
