Berita
Bengkel Penulisan Jurnal Scopus Siri 2

PAGOH: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Jawatankuasa Penerbitan telah mengadakan Bengkel Penulisan Artikel Jurnal Berindeks Scopus Siri 2 pada 15 Ogos 2024, Khamis bertempat di Bilik Mesyuarat 4 dan 5, UTHM Pagoh.
Tujuan bengkel ini adalah untuk memberi bimbingan kepada staf akademik di CeDS dalam menghasilkan artikel jurnal berindeks Scopus yang berkualiti.
Seramai 16 orang peserta daripada pelbagai bidang telah menyertai bengkel ini.
Dua kumpulan telah dibentuk berdasarkan kluster bidang, iaitu kluster kejuruteraan dan kluster sains gunaan.
Dua orang penceramah bengkel telah dijemput iaitu Prof. Ts ChM. Dr Radin Maya Saphira binti Radin Mohamed daripada Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB) untuk membimbing kumpulan kluster kejuruteraan, manakala Prof. Madya Ts Dr Nur Hanis Hayati binti Hairom daripada Fakulti Teknologi Kejuruteraan (FTK) untuk membimbing kumpulan kluster sains gunaan.
Antara pengisian bengkel adalah perkongsian mengenai jurnal Scopus serta semakan secara langsung draf artikel peserta oleh penceramah jemputan bagi penambahbaikan.
Justeru, dengan adanya bengkel ini, semoga ia dapat menyemarakkan lagi penulisan ilmiah dikalangan staf akademik CeDS.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
