Berita
Projek Khidmat Masyarakat Tautan SINAR JKE Siri 6

BATU PAHAT: Pada 6 dan 7 Mac 2024, Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Pusat Pengajian Diploma (CeDS) berjaya melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang bertujuan untuk membaik pulih sistem pendawaian elektrik di Surau Taman Melewar, Parit Raja, Batu Pahat. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama komuniti setempat dan pihak-pihak yang prihatin terhadap kebajikan masyarakat.
Aktiviti utama program ini adalah kerja-kerja pendawaian semula, yang dilaksanakan bagi memastikan keselamatan dan keselesaan para jemaah yang menggunakan surau tersebut. Ini adalah penting bagi memastikan bahawa semua kemudahan elektrik, termasuk sistem pencahayaan, kipas dan soket kuasa berfungsi dengan baik.
Selain itu program ini turut memupuk rasa keprihatinan dan kesedaran tentang tanggungjawab sosial disamping mengaplikasi ilmu untuk disumbangkan kepada masyarakat yang memerlukan. Ianya juga mencerminkan semangat kerjasama terhadap kesejahteraan komuniti.
Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini, termasuk mereka yang telah menyumbang dari segi tenaga, masa dan kewangan.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
