Berita
Perbincangan Strategik Pembangunan Mesin Palet Makanan Arnab: Langkah Ke Arah Pengkomersialan Inovasi Tempatan
BATU PAHAT: Satu sesi perbincangan strategik telah diadakan di Syarikat Soon Seng Engineering Works melibatkan pasukan penyelidik dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan wakil industri, bagi memperincikan spesifikasi teknikal mesin palet yang akan dibangunkan di bawah projek geran Industrial Matching Programme (IMAP) 2024 Fasa 1.
Sesi ini turut dihadiri oleh empat penyelidik utama dari UTHM: Prof. Dr Mohamad Zaky bin Noh, Ts Dr Hazlini binti Dzinun, Dr Siti Samahani binti Suradi, dan Dr Mohd Khairul Nizam bin Mohd Zuhan. Turut serta ialah Encik Muhammad Adhwa Akmal bin Jamaludin, wakil daripada Koperasi Hybrid Selatan Berhad yang bertindak sebagai rakan industri bagi projek ini.
Projek ini memberi tumpuan kepada pembangunan mesin palet khas untuk menghasilkan makanan arnab premium berasaskan daun-daun semula jadi. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan menawarkan alternatif makanan yang lebih ekonomik berbanding produk komersial sedia ada, malah memastikan pematuhan terhadap piawaian kualiti yang tinggi bagi kesihatan haiwan ternakan.
Pelaksanaan IMAP 2024 Fasa 1 merupakan langkah strategik ke arah pengkomersialan produk inovasi tempatan, dengan menggabungkan kepakaran akademik dan pengalaman industri. Projek ini dijangka memberi impak yang signifikan kepada pembangunan industri ternakan arnab pedaging, serta membuka potensi baharu sebagai sumber ekonomi mampan kepada komuniti setempat.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor