Berita
Lawatan ke Regimen Semboyan Diraja (RSD) Penuhi Sebahagian Keperluan Pelaksanaan Program Akademik Baharu

SUNGAI BESI: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan satu lawatan ke Regimen Semboyan Diraja (RSD), Tentera Darat Malaysia yang bertempat di Institut Komunikasi Elektronik Darat (IKED), Sekolah Semboyan Tentera Darat, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Lawatan yang diadakan pada 3 Jun itu, melibatkan seramai lapan staf dari Pusat Pengajian Diploma (CeDS) UTHM dan tiga staf UTHM Bitara.
CeDS diketuai oleh Dekan, Dr Muhammad Faizal bin Ismail dan disertai oleh Timbalan Dekan Akademik, Ts Dr Norhayati binti Ngadiman; Ketua Jabatan, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Puan Norhafiza binti Samion; serta Ketua Jabatan, Jabatan Teknologi Maklumat, Dr Syarizul Amri bin Mohd Dzulkifli. UTHM Bitara pula diketuai Pengarah, Prof. Dr Wan Fauzi @ Wan Fauziah binti Wan Yusoff dan disertai Ketua Jabatan, Jabatan Akademik Pembelajaran Sepanjang Hayat, Prof. Madya Ts Dr Mohamad Hisyam bin Mohd Hashim.
Rombongan UTHM ini disambut oleh pihak IKED, yang diketuai oleh Leftenan Kolonel Iryanti banti Ngadiman dan disertai oleh lebih 10 pegawai dan anggota lain-lain pangkat.
Lawatan tersebut bertujuan membincangkan secara mendalam pelaksanaan satu program akademik baharu iaitu Diploma Teknologi Pengurusan (Komunikasi dan Informasi) yang merupakan program kerjasama antara UTHM dan Kementerian Pertahanan (MINDEF). Program akademik baharu ini direka agar sesuai dengan mod pembelajaran berasaskan kerja atau work-based learning 2.0 (WBL 2.0).
Usai sesi perbincangan, satu lawatan tapak telah diadakan ke bilik-bilik kuliah, makmal-makmal serta perpustakaan di IKED. Antara makmal yang dilawat termasuklah Makmal Komputer, Makmal Komunikasi dan Antena, serta Makmal Pengaturcaraan. Sesi perbincangan serta lawatan tapak ini merupakan salah satu keperluan penting dalam permohonan program baharu ke Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
Selain itu, pihak UTHM berkesempatan melihat beberapa contoh Joint Service Transcript (JST) atau portfolio yang disediakan pihak IKED, yang akan menjadi sebahagian dari tulang belakang WBL 2.0.
Program akademik baharu ini dirancang akan dibuka kepada anggota RSD berpangkat Staf Sarjan yang mempunyai pengalaman kerja minimum 10 tahun dalam bidang tugas Juruteknik Komunikasi dan Informasi (JTKI). Apabila dilaksanakan kelak, program akademik ini diharap dapat menjadi nilai tambah kepada anggota RSD yang bakal menamatkan perkhidmatan.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
