Berita
SULAM: Nature Hero Expo 2025 Serlah Kesedaran Alam Sekitar Mahasiswa dan Pelajar Sekolah

PAGOH: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Pagoh melalui Jabatan Kejuruteraan Awam, Pusat Pengajian Diploma telah menganjurkan program SULAM: Nature Hero Expo 2025 di Dewan A9, Kolej Kediaman, Kampus Pagoh.
Program ini dijalankan di bawah Kursus Kejuruteraan Alam Sekitar (DAC12203) bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan alam sekitar dan memberi pendedahan awal kepada bidang kejuruteraan. Pelajar dari SK Seri Maju Jaya, Machap dan SMK Tun Mamat, Tangkak dijemput menyertai program ini sebagai peserta.
Antara pengisian utama ialah pameran interaktif, aktiviti bertemakan kelestarian, serta sesi perkongsian ilmu bersama pensyarah dan mahasiswa. Pendekatan SULAM (Service Learning Malaysia–University for Society) diaplikasikan sepenuhnya dalam menjayakan program berimpak tinggi ini.
Program ini bukan sahaja memberi manfaat kepada mahasiswa dan pelajar sekolah, malah menyokong matlamat universiti dalam mendidik generasi yang cakna alam sekitar serta berpengetahuan dalam bidang kejuruteraan.
SULAM: Nature Hero Expo 2025
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
