Berita
UTHM Anjur Program SULAM 2025 'Think Green, Live Clean' di SK Parit Setongkat

MUAR: Seramai 29 orang pelajar Tahun 1 Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK), Pusat Pengajian Diploma dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dengan bimbingan 13 orang pensyarah telah melaksanakan Program SULAM 2025 bertemakan Think Green, Live Clean di Sekolah Kebangsaan Parit Setongkat, Muar.
Program ini merupakan sebahagian daripada pendekatan Service Learning Malaysia – University for Society (SULAM) yang menggabungkan pembelajaran teori kursus Teknologi Kejuruteraan Alam Sekitar dengan pengalaman lapangan secara langsung bersama komuniti.
Antara objektif utama program ini ialah untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran murid sekolah rendah mengenai penjagaan alam sekitar serta pengaplikasian teknologi hijau dan fenomena semula jadi dalam kehidupan harian. Selain itu, ia turut memupuk minat terhadap bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan interaktif dan eksploratif.
Seramai 111 murid Tahun 6 dan guru-guru SK Parit Setongkat terlibat secara langsung dalam pelbagai aktiviti seperti sesi ceramah kesedaran oleh SWCorp selaku rakan kerjasama, eksplorasi anatomi alam sekitar, kuiz interaktif, tayangan video, dan pameran kreatif berasaskan konsep kelestarian.
Menurut Pengarah program, Balqish Mierza Natasha binti Abd Halim, “Program ini bukan sahaja memberi pendedahan awal tentang kepentingan menjaga alam sekitar, tetapi juga membina keyakinan diri pelajar UTHM dalam menyampaikan ilmu serta berinteraksi dengan masyarakat.”
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Ts Dr Hazlini binti Dzinun, Timbalan Dekan (Pembangunan, Penyelidikan dan Penerbitan), Pusat Pengajian Diploma, yang turut menyampaikan ucapan penutup dan menyokong inisiatif penglibatan pelajar dalam pembangunan komuniti sekolah.
Program ini turut menerapkan elemen kelestarian melalui pelaksanaan aktiviti pengasingan bahan kitar semula selepas program, penggunaan bahan mesra alam semasa aktiviti, serta galakan untuk peserta membawa botol air dan bekas makanan sendiri. Pendekatan ini selari dengan hasrat universiti untuk membudayakan amalan lestari dalam kalangan pelajar dan komuniti.
Keseluruhan program berlangsung dengan jayanya dan berakhir sekitar jam 1:00 tengah hari.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
