Berita
Bual Bicara Bersama PAK DAK 2025: Kenali DAK, Bersedia Menuju Puncak

PAGOH: Seramai 37 orang pelajar Tahun 1 Diploma Teknologi Kejuruteraan Kimia (DAK) telah menyertai program Bual Bicara Bersama PAK DAK 2025 yang berlangsung di Dewan Kuliah 5, Blok A1, UTHM Kampus Cawangan Pagoh.
Program anjuran Jawatankuasa Penasihat Akademik (PAK) Jabatan Sains dan Matematik, Pusat Pengajian Diploma (CeDS) ini diadakan bagi mengukuhkan hubungan silaturahim antara pelajar dan PAK serta memberi pendedahan awal berkaitan halatuju akademik dan struktur program DAK.
Sesi bual bicara menampilkan dua penceramah utama, iaitu Ts Nurul Izzati binti Mohd Ismail, selaku Ketua Program DAK, yang memberi penerangan terperinci mengenai struktur akademik program, kursus teras, serta keperluan akademik yang perlu dipenuhi sepanjang tempoh pengajian pelajar di UTHM. Seterusnya, Puan Jamilah binti Mohd Ghazali, selaku Ahli Jawatankuasa Outcome Based Education (OBE) bagi program DAK, telah menjelaskan secara komprehensif berkenaan pelaksanaan pengajaran, kaedah penilaian, dan strategi pencapaian Outcome Based Learning yang digariskan selaras dengan standard program DAK.
Program ini turut memberikan peluang kepada pelajar untuk berinteraksi secara langsung bersama penasihat akademik masing-masing melalui sesi soal jawab, perkongsian pengalaman, serta maklum balas terhadap cabaran awal semester. Ia sekali gus membuka ruang komunikasi dua hala yang lebih terbuka dan mesra antara pelajar dan barisan akademik.
Melalui program ini, diharapkan pelajar lebih bersedia dari segi mental, emosi, jasmani dan fizikal dalam menempuh perjalanan pengajian mereka, selaras dengan matlamat UTHM dalam melahirkan graduan teknologi yang berdaya saing, berintegriti dan berpandangan jauh.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
