Berita
Bengkel Latihan dan Penerbitan MARI 2025
PAGOH: Jawatankuasa Editor MARI CeDS telah menganjurkan Bengkel Latihan dan Penerbitan MARI 2025 serta Bengkel Penilaian Kertas Seminar dan Penulisan Bab Dalam Buku pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat 5, Blok A, UTHM Kampus Pagoh. Program yang berlangsung dari jam 8:30 pagi hingga 5:00 petang ini menghimpunkan editor MARI bagi memperkukuh kualiti penerbitan serta proses penilaian karya ilmiah.
Sesi pagi dimulakan dengan kata aluan oleh Timbalan Dekan Penyelidikan dan Penerbitan, Ts Dr Hazlini binti Dzinun, diikuti penerangan mengenai penerbitan MARI Vol. 7 oleh Ketua Editor, Dr Noorul Hudai binti Abdullah. Peserta turut diberikan panduan penggunaan sistem Open Journal System (OJS) oleh Dr Nur Farah Atiqah binti Ahmad bagi memperkemas proses penyerahan dan pengurusan manuskrip.
Pada sebelah petang, bengkel diteruskan dengan fokus kepada penilaian kertas seminar dan penulisan bab dalam buku. Sesi ini dihadiri oleh Timbalan Pengarah Pejabat Penerbit UTHM, Prof. Madya Dr Azwan bin Sapit, yang membincangkan kaedah penilaian lebih efektif serta strategi mengubah kertas seminar yang tertangguh penerbitannya kepada bab buku yang berkualiti.
Melalui penganjuran bengkel ini, editor MARI bukan sahaja mendapat pendedahan mendalam mengenai proses editorial dan penerbitan, malah turut memperoleh kemahiran praktikal untuk meningkatkan standard penulisan akademik, selaras dengan penambahbaikan penerbitan artikel ilmiah yang berterusan oleh Pusat Pengajian Diploma.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor