Berita
Bual Bicara Pelajar Baharu Bersama PAK JTM 2025

PAGOH: Program Bual Bicara Pelajar Baharu Bersama Penasihat Akademik dan Kerjaya (PAK) anjuran Jabatan Teknologi Maklumat, Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah berlangsung dengan jayanya di Auditorium 1 dan Auditorium 5, UTHM Pagoh.
Program yang melibatkan seramai 177 pelajar Diploma Teknologi Maklumat (DAT), 68 pelajar Diploma Teknologi Animasi (DAG) serta 20 orang pensyarah Jabatan Teknologi Maklumat ini bertujuan memperkenalkan peranan PAK serta mengeratkan hubungan antara pelajar dan pensyarah.
Pelbagai sesi taklimat telah diadakan termasuk pengenalan jabatan, penerangan program akademik, sesi Outcome-Based Education (OBE), sesi Global, Resilience, Innovative, Trustworthy dan Talent (GRITT), dan sesi Malaysian University English Test (MUET). Majlis turut memberi ruang sesi soal jawab terbuka antara pelajar dengan PAK.
Menurut Ketua Jabatan, Jabatan Teknologi Maklumat, Dr Syarizul Amri, program ini menjadi platform penting bagi membantu pelajar baharu memahami perjalanan pengajian serta membina keyakinan diri dalam berinteraksi dengan pensyarah.
Secara keseluruhan, program ini berjaya mencapai objektifnya dan diharap dapat diteruskan pada setiap sesi pengambilan pelajar baharu sebagai tradisi Jabatan Teknologi Maklumat.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
