Berita
CeDS UTHM Raih Kejayaan Tiga Projek di Saringan Akhir Innovathon Musim Ketiga Zon Selatan
BATU PAHAT: Pusat Pengajian Diploma (CeDS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) terus mengukuhkan reputasi dalam bidang inovasi apabila tiga projek inovasi hasil staf dan pelajarnya berjaya mara ke Saringan Akhir Program Innovathon Musim Ketiga 2025 Zon Selatan. UTHM yang dipilih sebagai tuan rumah sesi Uji Bakat Innovathon Zon Selatan pada 29 dan 30 Julai 2025 di Perpustakaan Tunku Tun Aminah (PTTA) menyaksikan sebanyak 56 kumpulan terbaik dari seluruh negara dinilai, dan CeDS tampil menyerlah dengan tiga projek berikut:
- Cymbotech Cutter
Pasukan: Ts Inv. Mahmod Abd Hakim bin Mohamad, Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya, Encik Mohd Zamri bin Mohd Alip, Dr Nurfarahin bin Onn, Mohamad Nor Aizat bin Abd Rashid, Muhammad Anwar Syamil bin Mohd Nasrudin, Tuan Mohammad Haiqal bin Tuan Rosmadi. - Semi-Automatic Banana Chip Slicing Machine
Pasukan: Ts Inv. Mahmod Abd Hakim bin Mohamad, Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya. - Arithmetic: Alat Bantuan Mengajar Matematik Tahun 1 (Ketidakupayaan Pendengaran)
Pasukan: Ts Inv. Dr Rafizah binti Mohd Hanifa, Nur Ainina binti Mat Diyan, Humaira’ binti Jefri, Farah Wahida binti Mohd Hair.
Kejayaan ini membuktikan bahawa CeDS bukan sahaja melahirkan produk inovasi berteknologi tinggi, malah turut menghasilkan inovasi inklusif yang memberi manfaat kepada masyarakat, khususnya dalam bidang pendidikan khas.
Program Innovathon anjuran Kementerian Ekonomi, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Astro ini terus menjadi platform penting yang menghubungkan universiti, industri dan masyarakat dalam membangunkan produk berimpak tinggi demi kemajuan negara.
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor