Berita
Intel GEEK Kids 2025 Tingkatkan Minat Pelajar Sekolah Rendah dalam Bidang STEM
PAGOH: Program Intel GEEK Kids 2025 anjuran Pusat Pengajian Diploma (CeDS) dengan kerjasama Penang Science Cluster (PSC) telah berjaya menarik penyertaan 20 buah sekolah rendah di sekitar Johor, melibatkan 21 pasukan pelajar. Program selama tiga hari ini berlangsung pada 19 hingga 21 Ogos 2025 di Dewan A9 dan tiga bilik penjurian di Kolej Kediaman, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Kampus Pagoh.
Program ini bertujuan memupuk minat pelajar sekolah rendah dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) melalui pendekatan pembelajaran berasaskan projek dan penyelesaian masalah digital. Modul utama program menekankan penggunaan Micro-bit bagi membina projek inovasi, sekali gus meningkatkan kreativiti serta keyakinan pelajar dalam meneroka teknologi baharu.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Prof. Dr Afandi bin Ahmad, Provost UTHM Pagoh, yang turut menyampaikan ucapan aluan serta memberi sokongan terhadap usaha memupuk bakat pelajar sejak di peringkat sekolah rendah. Sepanjang program, peserta mengikuti pelbagai aktiviti termasuk bengkel teknologi, pembangunan projek dan pembentangan projek inovasi bagi peringkat negeri Johor.
Program ini bukan sahaja memberi pendedahan awal kepada pelajar, tetapi turut memberikan pengalaman berharga kepada staf dan pelajar CeDS sebagai fasilitator dan mentor. Kerjasama erat dengan pihak industri seperti Intel Malaysia dan PSC akan diteruskan pada program-program akan datang.
Secara keseluruhannya, program ini berjaya mencapai objektifnya dalam melahirkan generasi celik teknologi serta membina keyakinan pelajar untuk bersaing di peringkat lebih tinggi, sekali gus menyokong agenda negara dalam memperkasa pendidikan STEM.
Intel Geek Kids 2024
Popular
-
Lawatan ke Industri Beri Pendedahan Kepada Teknologi Terkini Rawatan… -
Jadikan Diploma UTHM Pilihan Pertama Untuk ke Menara Gading -
Seramai 318 Pelajar CeDS Memperoleh Anugerah Dekan -
Artikulasi Kurikulum Bersama Kementerian Pendidikan Malaysia -
Projek Diploma Kejuruteraan Mekanikal Diiktiraf Industri di i-MECa21 -
Graduan CeDS Menerima Anugerah Khas Pada Konvokesyen Ke-16 -
CSR Nature Hero 2021 Wadah Tingkatkan Kepekaan Isu Alam Sekitar -
Advanced Global Project Based Learning 2.0 Wadah Kolaborasi Global -
Program Mobiliti Inbound Peringkat Antarabangsa Asah Kemahiran Reka B… -
Lawatan CeDS ke JPN Johor