Berita
Bengkel Penyemakan dan Penyuntingan Artikel Pelajar Menggunakan Alat AI untuk Pemula (ChatGPT)

PAGOH: Pada Isnin, 25 Ogos 2025, telah berlangsung bengkel bertajuk Workshop on Revising and Editing Student Articles Using AI Tools for Beginners (ChatGPT) di Bilik Mesyuarat 5. Bengkel ini bermula pada jam 8.30 pagi dengan penyertaan seramai 25 orang peserta yang terdiri daripada pelajar serta warga akademik.
Tujuan utama bengkel ini adalah untuk memberikan pendedahan asas kepada peserta mengenai teknik penyuntingan dan pengeditan artikel menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), khususnya aplikasi ChatGPT. Sepanjang sesi, peserta terlibat dalam beberapa aktiviti interaktif, antaranya penerangan asas penggunaan AI dalam penyuntingan artikel (Beginner-Friendly Guidance), latihan praktikal mengedit artikel menggunakan ChatGPT (Hands-On AI Editing Practice), serta perkongsian teknik membina arahan atau prompt yang berkesan untuk mendapatkan hasil penulisan yang lebih tepat dan berkualiti (ChatGPT Prompt Skills).
Kehadiran peserta yang aktif memberikan maklum balas sepanjang bengkel mencerminkan minat yang tinggi terhadap penggunaan teknologi AI dalam bidang penulisan akademik. Penganjuran program ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kemahiran penulisan pelajar serta melahirkan generasi penulis muda yang lebih kreatif, inovatif, dan bersedia menghadapi cabaran era digital.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
