Berita
UTHM Terima Kunjungan Pelajar dan Guru SMK Tengku Bendahara Gua Musang, Kelantan

PARIT RAJA: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Pusat Pengajian Diploma telah menerima kunjungan seramai 40 orang pelajar Tingkatan 5 beserta 4 orang guru pengiring dari SMK Tengku Bendahara, Gua Musang, Kelantan bagi mengikuti program Taklimat Jom Masuk UTHM bertempat di Dewan Auditorium Perpustakaan UTHM.
Program ini dianjurkan hasil kerjasama Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat (PPKK) UTHM sebagai usaha memperkenalkan universiti kepada pelajar sekolah menengah serta memberi pendedahan awal mengenai peluang melanjutkan pengajian di UTHM.
Taklimat telah disampaikan oleh Ts Inv. Dr Mohd Shahir bin Yahya bersama Encik Fawwaz bin Mohd Nasir dari Pusat Pengajian Diploma. Mereka berkongsi maklumat berkaitan program pengajian, kemudahan kampus, suasana pembelajaran, serta laluan kerjaya graduan UTHM.
Sementara itu, wakil guru pengiring menyatakan penghargaan kepada pihak UTHM atas kesudian menerima kunjungan ini yang dianggap memberi pengalaman berharga kepada pelajar untuk melihat lebih dekat suasana kampus universiti.
Penganjuran program ini diharapkan dapat memperkukuh hubungan strategik antara UTHM dan sekolah menengah, selain menjadikan UTHM sebagai salah satu destinasi utama pilihan pelajar untuk melanjutkan pengajian.
Popular
-
UTHM dan Cosmo Skills Lahirkan Pelajar Diploma Kompeten Dalam Keselam… -
PAK Perdana CeDS 2025 Erat Hubungan Antara PAK dan Pelajar -
Lawatan Sambil Belajar Pelajar Diploma Teknologi Animasi di Warnakala… -
Tahap Pengetahuan Terhadap Kecerdasan Buatan Generatif dalam Kalangan… -
OBE Implementation Workshop Strengthens Academic Delivery at CeDS -
Bridging Classroom and Studio: A Deep Dive into Cyberjaya’s Animation… -
UTHM Memeterai MoU Bersama Cosmo Skills Sdn Bhd Untuk Memperkasa TVET… -
Dua Produk Inovasi CeDS Terpilih di Sesi Penilaian Produk Penyelidika… -
Staf Akademik UTHM Perkasa Industri Tempe Batu Pahat Melalui Lawatan… -
Lawatan Akademik Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik ke Program Dis…
